Ramen Cengkerik Dan Ulat Goreng Trending Di Jepun?

0
871

Bagi penggemar ramen yang merupakan antara makanan popular di Jepun, perkara ini mungkin menjengkelkan sedikit buat anda. Trend ramen cengkerik dan ulat goreng kini semakin meningkat di negara matahari terbit itu.

BACA: Buta Seumur Hidup Kena Prank Baling Telur Busuk

Bayangkan, dalam masa kurang empat jam, 100 mangkuk ramen ‘tsukemen serangga’ sudah terjual di restoran Ramen Nagi dalam satu acara pada Ahad yang lalu.

Sumber dari Reuters

Penggemar ramen Jepun sanggup beratur panjang di luar sebuah restoran untuk merasai hidangan ramen dengan cengkerik serta ulat goreng.

Hidang bersama sedozen cengkerik, ulat

Ia digoreng dan menjadikannya benar-benar rangup dan enak, menurut seorang pelanggan yang memesan ramen cengkerik dan ulat goreng. Ramen itu akan dihidangkan bersama-sama dengan kira-kira sedozen cengkerik dan ulat.

Sumber dari Reuters

Pelanggan akan mencelupnya di dalam sup dengan perisa cengkerik, belalang atau ulat sutera.

Yuta Shinohara merupakan pemilik restoran yang bertanggungjawab memperkenal hidangan eksotik itu di Tokyo.

Harga antara RM60 hingga RM120

Satu set makanan berharga 3,000 Yen (RM120) mengandungi ramen serangga, semangkuk nasi dengan cengkerik, popia cacing goreng dan ais krim yang berperisa serangga. Harga bagi semangkuk ramen ialah 1,500 yen (RM 60).

Shinohara mula makan serangga sejak kecil dan berusaha memperkenalkan hari makan serangga bagi mempromosikan budaya makan alternatif di Jepun dan seluruh dunia melalui ramen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Bila Makanan Panas, Tapi Kau Tibai Jugak