Rasai Pengalaman Pasar Terapung Di Kelantan

0
3416
Gambar: Terengganu Times

Sebelum ini suasana pasar terapung biasa dilihat di negeri jiran, Thailand, namun bagi yang ingin merasai membeli belah di pasar terapung tak perlu pergi ke sana lagi kerana kini di Kampung Pantai Suri, Tumpat, Kelantan turut mempunyai pasar terapung pertama di Malaysia.

BACA: Mural Di Kelantan Umpama Di Timur Tengah

Pasar terapung ini telah mula beroperasi pada September yang lalu dan sebanyak 10 bot penambang telah disediakan untuk menjual makanan dan minuman yang menjadi tarikan untuk penduduk setempat dan pengunjung luar.

Gambar: PerakToday
Gambar: PerakToday

Mengambil konsep ala pasar terapung di Thailand, pasar terapung di sini turut mengumpulkan pelbagai jenis jualan terutama makanan tradisional yang menjadi trademark sesuatu tempat seperti jeli kelapa, gula melaka, madu, nasi berlauk, kuih tradisional dan kerabu nipah.

Pemilihan Kampung Pantai Suri dipilih kerana lokasi yang strategik dan mempunyai potensi untuk dimajukan pada masa hadapan. Dalam masa yang sama lokasi ini turut dipilih kerana masyarakat kampung memberikan kerjasama yang baik.

rasai-pengalaman-pasar-terapung-di-kelantan-vitdaily-02

Pasar terabung Kelantan ini dibuka setiap hari Sabtu bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Selain menjadi tarikan pelawat luar, inisiatif pasar ini diwujudkan untuk meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat dan memperkasakan produk yang mempunyai potensi untuk diketengahkan.

Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di pasar ini selain membeli belah adalah demontrasi mewarna batik, membuat kuih tradisional, jahitan atap nipah dan pembuatan kraftangan.