Realiti Rakyat Korea Selatan Yang Kita Tak Tahu

0
18324

Sesebuah masyarakat yang sihat adalah mempunyai keseimbangan daripada segi rohani, sosial dan material kerana kedua-dua perkara ini memainkan peranan dalam memandu seseorang supaya tidak tersasar daripada kehidupan manusia yang normal.

BACA: Cara Senang Masak Telur Gulung Korea

Akan tetapi setiap kemajuan memerlukan pengorbanan sama ada daripada segi alam semulajadi atau manusia itu sendiri seperti mana yang terjadi dalam masyarakat Korea Selatan buat masa ini.

Korea Selatan sememangnya diakui sebagai sebuah negara moden dan maju sehinggakan teknologi yang dibangunkan mereka banyak digunakan serata dunia baik daripada telefon bimbit sehinggakan teknologi pengangkutan seperti kereta api misalnya.

Namun begitu, menurut catatan Ayman Rashdan Wong di Facebooknya menceritakan generasi muda di Korea Selatan kini menghadapi stress dan tidak mempunyai keseimbangan dalam pergaulan sosial.

Perkara ini membuatkan mereka mempunyai kadar stress yang tinggi sehinggakan terpaksa menjalani terapi kematian yang dikatakan dapat membantu mereka menghilangkan stress dan menjernih semula jiwa mereka.

Kegembiraan yang hilang

Ayman Rashdan turut berkongsi bagaimana peratus jumlah masyarakat di sana yang membunuh diri semakin meningkat setiap tahun. Dikatakan hampir 30 orang daripada 100,000 penduduk Korea Selatan akan membunuh diri setiap tahun.

Perkara ini mengingatkan kami kepada sebuah dokumentari tentang skuad penyelamat orang yang lompat daripada Jambatan di Seoul dengan niat untuk membunuh diri.

Antara sebab hilangnya rasa gembira dalam kehidupan adalah berpunca daripada kesan ekonomi. Apa yang dilihat, masyarakat Korea Selatan mempunyai kehidupan yang mewah namun perkara tersebut hanya menjadi hamba kepada dunia korporat yang memonopoli sektor ekonomi di sana.

Pekerja muda di Korea Selatan terpaksa melakukan kerja lebih masa namun dibayar gaji yang rendah tetapi mereka masih menuruskan kerja tersebut kerana persaingan untuk mendapat kerja terlalu sengit di sana.

Disebabkan ini jugalah terjadinya dua masalah sosial yang serius iaitu ketagihan arak dan antisosial. Ini kerana generasi di sana menjadikan arak sebagai alat untuk mereka melupakan seketika tekanan hidup.

Seharusnya perkara ini menjadi pengajaran kepada kita untuk sedar akan perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk menyeimbangkan kehidupan, material, ekonomi dan juga sosial.

VIDEO: Vitdaily Jumpa Awek Korea?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram