Rebut Peluang 3 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia

0
376
Gambar: Airport Spotting Blog

Pada anda yang gemar mengembara dan melancong pasti teruja dengan promosi terbaru AirAsia ini iaitu tiga juta tempat duduk percuma yang boleh menjadi menjadi milik anda.

BACA: AirAsia Dianugerah Strategi Pembayaran Terbaik

Bermula dari 13 Mac sehingga 19 Mac, syarikat tambang rendah, AirAsia akan menawarkan tiga juta tempat duduk untuk ke 120 destinasi dengan percuma untuk penerbangan sehala.

Bagi promosi kali ini, AirAsia memberikan keutamaan akses kepada penumpang yang menjadi ahli AirAsia BIG untuk penerbangan 1 September 2017 sehingga 5 Jun 2018.

“Menerusi kempen tempat duduk percuma ini, kami mahu penumpang menikmati penawaran kami yang membolehkan mereka menempah penerbangan lebih awal dan menikmati tawaran terbaik.

“Kami sentiasa berusaha menghubungkan pengguna ke destinasi baharu dan menarik seperti pelancaran penerbangan ke Luang Prabang, Laos, Bhubaneswar, India dan Honolulu, Amerika Syarikat baru-baru ini,” maklum Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh.

Memetik laporan Sinar Harian, tempahan bagi tempat duduk percuma itu boleh dilakukan secara online dengan aplikasi mudah alih AirAsia ataupun penumpang boleh menebus penerbangan melalui laman web airasiabig.com dan aplikasi AirAsia BIG.

Selain itu AirAsia turut menawarkan promosi istimewa bermula 14 Mac 2017 sehingga 31 Ogos 2017 bagi mereka yang ingin segera untuk melancong dan tempahan boleh dilakukan sekarang.

VIDEO: Siapa Suka Pedas, Kena Makan Di Bert’s!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram