Resepi Almond Crunchys Cookies Ini Mampu Bantu Anda Jana Pendapatan

0
5596

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar kini pasti anda mencari-cari jalan untuk menambah pendapatan melalui kerja sampingan ataupun berniaga secara kecil-kecilan.

BACA: Pokok Pun Makan Nasi Macam Manusia

Antara produk yang menerima sambutan ramai apabila anda memulakn perniagaan adalah produk makanan seperti kek, kuih muih ataupun biskut.

Oleh itu kami kongsikan satu resepi yang dikongsikan oleh Azlina Ina di Facebooknya iaitu Almond Cocochips Brown Sugar Crunhcys Cookies.

Bahan-bahannya

Bahan A
250 gram mentega
1 Cawan+1/4 cawan gula perang halus
1 Sudu sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum cap ros
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan lain
1 cawan badam dan sedikit almond flakes
Sebiji telur
5 sudu besar minyak masak
1 cawan cocoachips

Cara-cara membuat

1. Satukan bahan A di dalam satu bekas (tak perlu diadun lagi) dan simpan di dalam bahagian beku peti ais untuk 15 minit. Cara ini untuk membuatkan biskut anda rangup dan sedap.

2. Ayakkan kesemua bahan B di dalam bekas yang sesuai.

3. Masakkan badam hancur dan almond flakes ke dalam adunan tepung dan gaul rata.

4. Keluarkan bahan A daripada peti ais dan gaul rata menggunakan spatula.

5. Masukkan sebiji telur ke dalam adunan A yang sudah sebati itu.

6. Setelah itu masukkan tepung bahan B sedikit demi sedikit sehingga habis semua dan gaul rata.

7. Tambahkan 5 sudu besar minyak masak ke dalam adunan doh.

8. Masukkan juga 1 cawan cocoachips dan ratakan bersama adunan doh.

9. Gunakan piping beg untuk membentuk doh dengan lebih cepat.

10. Picitkan doh ke atas tray lebih kurang saiz 20 sen.

11. Panaskan oven terlebih dahulu kira-kira 15 minit awal sebelum masukkan biskut.

12. Bakar biskut dengan suhu 170 celcius selamat 30 minit atau biskut kelihatan keperang-perangan.

13. Setelah masak, tunggu seketika sebelum tanggalnya dari tray dan sejukkan di atas redai.

14. Biskut anda sudah siap untuk dimakan atau dijadikan untuk jualan.

Asas cookies yang sedap

1. Ia perlu ranggup dan cair di dalam mulut

2. Tidak terlalu manis supaya tidak muak

3. Pastikan warnanya agak keperang-perangan supaya cantik disimpan.

VIDEO: Mengantuk Teruk Lepas Makan Ikan Bakar Jalan Bellamy