Resepi Kerepek Pisang Pappek, Snek Orang Bugis

0
289
Gambar: Facebook Sri Permai Catering

Malaysia sememangnya sebuah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai etnik di dalamnya dan setiap daripada etnik itu mempunyai keistimewaannya sama ada budaya, adat resam mahupun makanan tradisional.

BACA: 7 Jenis Makanan Anda Tak Boleh Makan Setiap Hari

Sanggarak Pappek iaitu snek kegemaran masyarakat Bugis, ia diperbuat daripada pisang mentah yang digoreng dan dileperkan.

Selain itu apa yang unik tentang makanan ini adalah ia mempunyai pencicahnya tersendiri yang mempunyai rasa pedas, manis serta masam.

Sememangnya kerepek pisang pappek ini sangat sesuai dijadikan menu untuk minum petang bersama teh o panas ataupun teh o panas.

Kami kongsikan resepi kerepek pisang ini untuk anda cubanya sendiri di rumah.

Bahan-bahannya

Gambar: Facebook Sri Permai Catering

Pisang mentah
Garam
Minyak masak

Bahan untuk pencicah

Gambar: Facebook Sri Permai Catering

Belacan
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi
Tomato
Garam
Gula
Daun selasih

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas

2. Goreng pisang mentah sebiji sebiji (tak perlu dihiris).

3. Setelah agak separuh masak, angkat dan toskan minyak

4. Gunakan lesung batu untuk ketuk pisang yang digoreng tadi sehingga leper.

5. Goreng semula sehingga betul-betul masak atau rangup.

6. Satukan kesemua bahan untuk pencicah,boleh gunakan mesin kisar ataupun lesung batu.

7. Siap untuk dihidangkan, memang terangkat bila dimakan bersama air kopi O panas.

Selamat mencuba!

VIDEO:Rangup Dan Lembut Betul Satay Goreng Ayam Ni

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram