Resepi Kuih Semperit Anda Boleh Buat Raya Nanti

0
2604

Aidilfitri bakal menjelang beberapa bulan sahaja lagi dan pastinya persiapan seperti pakaian dan kuih muih sudah difikirkan terutamanya oleh golongan ibu dan isteri.

BACA: Ramai Dah Cuba Resepi Biskut Famous Amos Viral Ini!

Lazimnya kuih atau biskut tradisional adalah hidangan wajib untuk dihidangkan kepada para tetamu dan kuih muih moden pun kalah dengan kehadiran kuih tradisional seperti kuih semperit ini.

Ini kerana kuih tradisional seperti tak lapuk dek tak hilang dek zaman dan rasanya sentiasa dirindui baik golongan tua ataupun muda.

Oleh itu kami kongsi resepi kuih semperit oleh Azlina Ina yang sebelum ini dikongsikan di Facebooknya.

Bahan-bahannya

1/2 cawan mentega Buttercup
1/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

2 cawan tepung jagung (buatkan biskut semperit cair dimulut ketika makan)
1 sudu besar tepung beras (memberi rasa rangup kepada semperit)
1 sudu besar tepung kastard (memberikan rasa creamy)
Beberapa titis pewarna kuning
Cip coklat untuk hiasan

Bahan-bahannya

1. Masukkan mentega, susu pekat dan esen vanilla di dalam satu bekas dan gaul sebati kesemuanya.

2. Setelah itu masukkan pewarna kuning untuk buatkan warnanya lebih menarik.

3. Selepas itu masukkan 1 cawan tepung jagung, tepung beras dan tepung kastard dan gaul rata.

4. Masukkan baki 1 cawan tepung jagung sedikit demi sedikit.

5. Uli adunan menggunakan tangan sehingga menjadi doh dan lembut.

6. Uli sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan.

7. Masukkan sedikit doh ke dalam acuan semperit dan tekan dengan menggunakan jari.

8. Susun di atas dulang pembakar dan beri jarak kerana kuih semperit akan mengembang sedikit.

9. Anda boleh letak potongan kismis atau cip coklat sebagai hiasan di atas kuih semperit sebelum dibakar.

10. Panaskan oven pada suhu 170 untuk lima minit pertama dan ketika hendak masukkan kuih, turunkan suhu kepada 160 darjah dan bakar kira-kira 25 minit.

11. Apabila sudah masak, keluarkan daripada oven dan biarkan untuk seketika sebelum tanggalkan daripada dulang.

Selamat mencuba!

VIDEO: Vitdaily Buka Puasa : Bason

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram