Resepi Mudah Ayam Goreng Spicy Ala McDonald’s

0
5656

Kehangatan sensasi ayam goreng McDonald’s masih lagi dirasai oleh ramai orang sehinggakan ramai yang terpengaruh dengan iklan ayam goreng panas rangup-rangup itu dan buat masa sekarang ia merupakan menu terlaris di McDonald’s.

BACA: Ini Perbandingan Antara Ayam Goreng KFC & McD!

Ramai yang mengatakan ayam goreng spicy McDonald’s ini mempunyai rasa pedas dan rempah yang lebih lazat daripada pesaingnya yang lain, pendek kata memang kena dengan selera orang Malaysia yang gemarkan makanan pedas.

Oleh kerana ramai yang mengatakan sering kali kecewa apabila ayam goreng spicy McDonald’s habis apabila hendak membuat pesanan, apa kata anda cuba membuatnya sendiri di rumah mengikut resepi yang dikongsikan ini.

Bahan-bahannya

Untuk perapan
Seekor ayam dipotong lapan bahagian
9 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
4 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kari ayam
2 sudu teh garam
Secubit soda bikarbonat
Sedikit air

Bahan-bahan untuk menyalut

Bahan A
1 sudu serbuk cili
1 biji telur

Bahan B
3 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
Secubit soda bikarbonat

Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

1. Gaul kesemua bahan perapan ayam dan perap untuk jangka masa 1 jam.

2. Pukul rata bahan A untuk menyalut dan golekkan ayam dengan telur.

3. Kemudian salut pula dengan bahan salutan B sehingga menutup permukaan isi ayam. Ulang proses salutan untuk dua kali.

4. Panaskan minyak dan setelah itu deep fry ayam tersebut untuk jangka masa 10-15 minit dengan api yang sederhana.

5. Ayam anda siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

VIDEO: Sedapnya Ayam Telur Masin! Senang Je Nak Masak