Resepi Mudah Kepak Ayam BBQ Ala Pizza Hut

0
1248

Apabila memesan pizza dari restoran pizza terkenal, Pizza Hut sudah pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk memesan hidangan sampingan mereka yang terkenal iaitu kepak ayam panggang BBQ kerana rasanya yang sungguh menyelerakan.

BACA: Tak Perlu Ke Jepun, ‘Musim Sakura’ Kini Di Kedah

Akan tetapi sudah pasti anda akan membayar harga yang lebih sedikit demi hidangan yang sedap itu dan mungkin satu set kepak ayam tersebut tidak mencukupi jika anda makan bersama keluarga dan juga rakan-rakan.

Oleh itu kami kongsikan satu resepi mudah yang boleh anda cuba sendiri untuk menghasilkan kepak ayam panggang BBQ yang mempunyai rasa mirip kepak ayam yang dijual di Pizza Hut.

Bahan-bahannya

Gambar: Cari.my

4 ketul kepak ayam
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos BBQ
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu perasa chicken seasoning

Cara membuatnya

Gambar: MamaTisya.blogspot.com

1. Gaul kesemua bahan-bahan di dalam satu mangkuk yang besar.

2. Setelah itu masukkan kepak ayam dan perapnya selama semalaman.

3. Bagi memasaknya anda boleh gunakan kaedah mengoreng seperti ayam goreng biasa atau boleh membakarnya di dalam oven.

4. Cara untuk mengetahui sama ada ayam tersebut sudah masak ataupun belum, anda boleh cucuk dengan garfu dan jika tiada air yang keluar itu bermaksudnya ayam tersebut sudahpun masak.

6. Kepak ayam panggang anda sudah siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

VIDEO: Makan-Makan: Kepak Ayam Bibie

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram