Resepi Mudah Kuih Tepung Bungkus

0
1305
Gambar: Mutiara Kitchen-WordPress.com

Kuih muih tradisional sememangnya mempunyai peminatnya tersendiri sama ada golongan muda dan tua kerana rasanya yang lazat dan cara pembuatannya unik dan kepuasan kuih tradisional ini terletak apabila membuatnya sendiri.

BACA: Resepi Kuih Semperit Anda Boleh Buat Raya Nanti

Sekali pandang kuih tepung bungkus ini seakan lepat namun ia berbeza kerana menggunakan tepung beras yang diadun bersama santan serta mempunyai inti kelapa parut.

Kuih ini juga terkenal di negeri utara Malaysia seperti Kedah dan Perlis dan sesuai disajikan untuk minum petang ataupun ketika juadah berbuka puasa.

Oleh itu kami kongsikan resepi dan cara pembuatan kuih tepung bungkus ini yang dipetik daripada Facebook Aneka Resepi Kuih Muih.

Bahan-bahannya

Bahan untuk adunan tepung

1 bungkus tepung beras siam
5 cawan air
12 sudu gula
1 sudu garam
500 gram santan

Bahan untuk inti kelapa

3 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
500 gram gula melaka
1/2 sudu garam
250 gram gula pasir
2 sudu debu pulut
2 helai daun pandan

Cara membuat adunan tepung

1. Masukkan 2 1/2 cawan air, gula, garam dan santan ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih.

2. Baki 2 1/2 cawan air lagi dibancuh bersama tepung dan kacau sebati seterusnya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuali dan kacau sehingga tepun betul-betul masak dan nampak berkilat.

Cara membuat inti kelapa

1. Masak kelapa parut dengan air sehingga masak

2. Setelah itu masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan, kacau sehingga sebati dan sedikit likat.

3. Bancuh sedikit tepung pulut dengan air dan masukkan ke dalam adunan inti kelapa dan masak sehingga kering dan pekat.

4. Bulat-bulatkan inti kelapa dan gaul dengan debu pulut.

Cara membungkus kuih tepung bungkus

1. Ambil dua lapis daun pisang supaya tidak pecah ketika mengukus.

2. Letakkan sesudu tepung ke atas daun pisang dan ratakan sedikit.

3. Setelah itu masukkan 2 biji inti kelapa dan tutup dengan satu sudu lagi adunan tepung.

4. Bungkus dan lipat dengan rapi daun pisang supaya adunan tak terkeluar.

5. Kukus selama 20-25 minit.

6. Kuih tepung bungkus anda sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

VIDEO: Makan-Makan: Cendol Pulut Abang Din

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram