Resepi Mudah Roti Gulung Sosej Cheese Meleleh Untuk Awak Seorang

7
47584
Untuk awak seorang sahaja.

Kalau semalam kami dah berkongsi Resepi Mudah Cucur Jawa, Jawa Bukan Sebarang Jawa. Hari ini, kami nak ‘payung’ Resepi Mudah Roti Gulung Sosej Cheese Meleleh Untuk Awak Seorang untuk juadah minum petang anda.

Ya, khas untuk awak seorang yang sedang membaca ketika ini (tak perlu pandang belakang) dan kami tahu dalam perut anda pasti berbunyi ‘kriuk kriuk kriuk’.

BACA: 13 Fakta Menarik Tentang Cheese Yang Anda Perlu Tahu

Jangan nak tipu kamilah, kami pun alami nasib yang sama seperti anda. Lapar tak terkata. Jadi, anda kena cuba resepi ini. MESTI/WAJIB cuba tau. Kalau tak cuba, rugilah resepi yang kami kongsikan ini.

Kami sarankan anda cuba sendiri, jangan beli di kedai. Bukan apa, kalau beli di kedai, cheesenya tidak meleleh. Kalau anda masak, letaklah cheese sebeban pun tiada siapa yang kisah.

Yang pasti, sedap dan menyelerakan. Air tangan anda untuk perut anda yang comel itu. Haaa, cepat je tengok ke bawah. Anda semua memang perasan.

Berikut merupakan langkah demi langkah untuk membuat Roti Gulung Sosej Cheese Meleleh Untuk Awak Seorang:

BAHAN-BAHAN:

Roti
Sosej
Kepingan cheese
Serbuk roti
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng

LANGKAH PERTAMA:
Cheese dan sosej digulung bersama roti

Sekadar gambar hiasan.
Sekadar gambar hiasan.

LANGKAH KEDUA:
Celup gulungan roti bersama telur yg telah dipukul kembang.

Sekadar gambar hiasan.
Sekadar gambar hiasan.

LANGKAH KETIGA:
Proses golek-menggolek roti bersama serbuk roti.

Sekadar gambar hiasan.
Sekadar gambar hiasan.

LANGKAH EMPAT:
Masa untuk menggoreng selepas roti disaluti serbuk roti. Pastikan minyak panas dulu tetapi jangan terlalu panas. Serbuk roti mudah hangus. Pandailah bermain dengan api. Anak kecil main api terbakar hatinya yang sepi (ternyanyi pula).

Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan

HASIL:
Nampak tak cheese meleleh tu? Untuk awak seorang je tau.

Sekadar gambar hiasan.
Sekadar gambar hiasan.

Maka, tamatlah kelas memasak kita pada hari ini. Silalah amalkan ilmu yang telah dicurahkan oleh kami. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum dan selamat petang semua. Berjumpa sekali lagi pada esok hari dalam kelas memasak yang seterusnya.