Resepi Mudah Sotong Sumbat Telur Masin

0
574
Gambar: Facebook Amy Catering

Hidangan sotong sememangnya satu kegemaran kebanyakan orang dan makanan laut ini enak disediakan secara bakar, goreng ataupun dibuat masak sambal dan dihidangkan bersama nasi panas-panas, memang bertambah banyak kali dibuatnya.

BACA: Hidangan Terbaru Kari Sushi King Pedas Gila?

Akan tetapi adakalanya timbul juga rasa jemu dengan cara masakan yang sama dan anda pasti ingin mencuba cara memasak sotong yang baru dengan cara yang senang dan mudah.

Oleh itu kami kongsikan satu resepi sotong sumbat telur masin yang boleh anda cuba memasaknya sendiri di rumah dan jadikan hidangan istimewa pada hujung minggu ini untuk keluarga dan rakan-rakan.

Bahan-bahannya

Sotong segar bersaiz besar untuk mudahkan menyumbat telur masin.
5 biji telur masin direbus
Cili padi (dihiris halus)
Bawang besar (dihiris halus)
Daung bawang dan daun sup (dihiris halus)
Tepung goreng serbaguna (sebarang jenama)

Cara memasak

1. Satukan bahan-bahan yang dihiris tadi ke dalam satu mangkuk.

2. Masukkan telur masin yang dipotong kasar dan gaul rata dengan bahan-bahan hirisan.

3. Ambil sotong yang telah dibersihkan dan sumbatkan telur masin tersebut mengikut citarasa anda (padatkan sedikit)

4. Sematkan dengan lidi supaya tidak terbuka bila mengoreng.

5. Bancuh tepung serbaguna dan salutkan dengan sotong tersebut.

6. Goreng dengan api yang tidak terlalu kuat sehingga warna kekuning-kuningan (sotong tidak perlu dimasak terlalu lama)

7. Siap untuk dihidangkan

Selamat mencuba!

VIDEO: Makan Sotong Besar Penumbuk Kat Nasi Lan Kedah?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram