Resepi Mudah Untuk Anda Masak Daging Bulgogi

0
6663

Masakan Korea memang mendapat tempat di hati ramai rakyat Malaysia dan ia boleh disebabkan pengaruh daripada muzik dan drama Korea serta rasa makanan yang sesuai dengan selera peminatnya.

BACA: Cara Senang Masak Telur Gulung Korea

Bulgogi adalah satu hidangan lauk Korea yang berasas daging dan sekali tengok ia seakan daging masak kicap namun cara memasaknya berbeza kerana menggunakan hot plate atau kuali leper dan tidak berkuah.

Hidangan ini boleh dikatakan antara hidangan yang wajib ada di restoran makanan Korea dan mungkin anda ingin menyediakan sendiri rumah.

Oleh itu kami kongsikan resepi memasak bulgogi yang yang mudah untuk dibuat.

Bahan-bahannya

350 gram daging lembu
2 sudu besar kicap masin
3 sudu besar air
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar madu
1/2 sudu minyak bijan
1 sudu besar bijan yang disangai
1 batang daun bawang (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)

Cara membuatnya

1. Hiris daging senipis yang boleh dengan menggunakan pisau yang tajam. Anda boleh potong daging dalam keadaan yang beku untuk memudahkan proses.

2. Setelah itu masukkan kesemua bahan di dalam satu bekas atau mangkuk dan gaul rata kesemuanya.

3. Tutup bekas atau mangkuk dengan menggunakan wrapping plastic dan perap untuk dua jam di dalam peti ais.

4. Bagi memasaknya, anda boleh guna hot plate atau kuali rata, panaskan sehingga suhunya betul-betul panas dan letakkan sedikit minyak masak.

5. Masukkan daging yang telah diperap itu dan kacau sentiasa bagi mengelakkan daging melekat di kuali.

6. Setelah daging masak dan empuk bolehlah anda hidangkan bersama nasi putih yang panas-panas.

Selamat mencuba!

VIDEO: Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram