Resepi Nasi Goreng Bawang Putih Untuk ‘Si Pemalas’ Seperti Anda

0
1904
Ehsan daripada http://marinimz.com/.

Resepi kali ini memang mudah dan cepat untuk disediakan. Sesuai dimasak oleh mereka yang tiada masa dan untuk ‘si pemalas’ yang hanya mempunyai masa pada hujung minggu yang ingin menunjukkan skil di dapur.

BACA: Makan-Makan: Nasi Goreng Butter Prawn

IMG_3910
Ehsan daripada http://marinimz.com/.

Resipi Nasi Goreng Bawang Putih

BAHAN-BAHAN

  • 6-8 ulas bawang putih
  • 1 bawang besar
  • 2 cili padi
  • Potongan isi ayam
  • 2 biji telur
  • Sepotong mentega
  • Minyak zaitun
  • Lobak merah dipotong dadu

CARA MEMASAK:

  1. Telur digoreng hancur dengan minyak zaitun.
  2. Masukkan mentega dalam kuali sama.
  3. Tumis bawang sebelum masukkan isi ayam dan sebahagian lagi letakkan lobak merah.
  4. Selepas yakin bawang dah garing, lobak merah dah masak dan telur dah cantik, masukkan nasi dan gaul sahaja.
  5. Tabur sedikit garam untuk ada rasa. Siap!
IMG_3913
Ehsan daripada http://marinimz.com/.

Apa pendapat anda pula? Jika inginkan artikel sebegini di samping perkongsian tempat makan dan travel menarik, jom follow kami di Facebook dan Instagram.