Resepi Senang Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

0
3585
Sekadar gambar hiasan. Gambar: NYT Cooking - The New York Times

Sesiapa sahaja pasti sukakan ayam panggang terutamanya daripada restoran ayam panggang terkenal iaitu Kenny Rogers. Lihat daripada iklannya sahaja mampu membuatkan sesiapa tertelan air liur.

BACA: Resepi Mudah Ayam Goreng Pedas Korea

Apa kata anda cuba buatnya sendiri rumah kerana prosesnya tidaklah terlalu sukar dan secara tidak langsung ia boleh manjadi aktiviti untuk anda sekeluarga.

Jadi untuk para suami yang ingin menyediakan masakan istimewa buat isteri dan seisi keluarga bolehlah mencuba resepi yang kami kongsikan ini.

Bahan-bahannya

Seekor ayam (berat kira-kira 1.5 kilogram)
Ayam (1.5kg)
2 inci Halia (dikisar)
3 btg serai (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
4 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
1 sudu teh garam
1 kiub pati ayam
4 sudu makan madu
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan minyak zaitun

Cara-caranya

1. Cuci ayam dengan sebersihnya dan potong seekor ayam kepada dua bahagian.

2. Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar sehingga halus.

3. Satukan ia dengan madu, minyak zaitun, garam, sos tiram, dan kiub pati ayam.

4. Lmurkan dengan rata pada seluruh permukaan ayam.

5. Perap ayam sekurang-kurangnya empat jam atau semalaman supaya bahan perapan meresap ke dalam isi ayam.

6. Panaskan oven 15 minit lebih awal sebelum masukkan ayam.

7. Bakar ayam dengan suhu 200 darjah celcius sehingga masak.

8. Setelah 30 minit di dalam oven, keluarkan ayam untuk disapu majerin dan sambung bakar kira-kira 8 minit lagi.

9. Siap untuk dihidangkan bersama nasi ataupun roti.

Selamat mencuba!

GAMBAR DAN SUMBER: Facebook Resepi Sedap

VIDEO: Popia Ketam Padu Paling Senang Nak Buat | Random Rabu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram