Resepi Sihat Burger Ayam Panggang & Telur Masin

0
332
Gambar: BH PLUS

Apabila sebut burger semestinya terbayang satu makanan segera yang tidak sihat kerana kandungan garam dan lemak yang tinggi serta cara masak yang tidak bagus untuk mereka yang menjaga kesihatan.

BACA: Bagaimana Rupa Burger Restoran Makanan Segera Seluruh Dunia?

Akan tetapi sekiranya anda menyediakan sendiri di rumah, hidangan burger boleh jadi satu hidangan yang sihat kerana mempunyai komponen protein, karbohidrat serta sayur-sayuran di dalam satu hidangan.

Oleh itu kami kongsikan satu resepi yang dipetik dari BH PLUS iaitu burger ayam panggang bersama telur masin.

Bahan-bahannya

Gambar: BH PLUS

Bahan A (Ayam panggang)

Gambar: BH PLUS

1 sudu besar minyak jagung
500 gram dada ayam (dibuang kulit)
1 sudu besar sos tiram

Bahan B (sos telur masin)

Gambar: BH PLUS

1 sudu besar mentega tanpa garam
1/2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 tangkai daun kari
2 biji kuning telur masin (kukus dan lecek)
3 biji cili padi (dicincang)
1/4 cawan susu sejat
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil perasa
1 sudu kecil gula

Bahan C

Bun burger
Salad
Timun
Tomato
Bawang holland

Cara penyediaan

1. Perap isi dada ayam dengan bahan A dan panggang diatas kuali leper yang dialas dengan daun pisang sehingga masak.

Gambar: BH PLUS

Gambar: BH PLUS

2. Bagi penyediaan sos telur masin pula, cairkan mentega bersama minyak masak dan tumis cili padi dan daun kari sehingga naik bau.

Gambar: BH PLUS

3. Masukkan kuning telur masin yang telah dilecek dan gaul rata.

4. Setelah itu masukkan susu sejat, air dan bahan perasa dan gula. Masak sehingga ia menjadi sedikit pekat.

5. Bakar seketika bun burger. Setelah itu bolehlah alaskan isi ayam dan tuangkan sedikit sos telur masin

6. Alaskan dengan salad, timun, tomato dan bawang holland. Burger anda siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

VIDEO: 3 Cara Mudah Nak Habiskan Burger | #3BitesChallenge

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram