Resepi Terkenal Pulut Ayam Thailand

0
2392
Gambar: seize100percent.wordpress.com

Anda pasti menyedari perkara ini juga iaitu orang tempatan pasti akan memenuhi setiap kali festival makanan Thailand diadakan seperti di Shah Alam pada Disember yang lalu.

BACA: 10 Makanan Wajib Cuba Di Malaysia Thailand Halal Food Festival 2016

Orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli juadah asli Thailand seperti somtam, laksa Thai, pulut mangga dan tak dilupai pulut ayam.

Pulut ayam ini adalah satu gabungan makanan yang terdiri daripada hidangan pulut berlemak, ayam goreng dan bersama bawang goreng.

Mungkin anda boleh cuba membuatnya sendiri di rumah dengan mengikut resepi yang kami kongsikan ini.

Bahan-bahan dan cara pembuatan

a) Bawang goreng

Gambar: fizalgk.blogspot.my

Bahan-bahan dan cara pembuatan

6-7 ulas bawang merah
1-2 cubit garam
1/2 sudu kecil tepung jagung

1. Hiris bawang merah nipis-nipis.

2. Gaul bersama garam dan tepung jagung sehingga rata.

3. Goreng bawang dalam minyak sudah dipanaskan menggunakan api yang sederhana sambil dikacau sehingga perang. Angkat dan toskan.

b) Ayam goreng

Gambar: fizalgk.blogspot.my

Bahan-bahan dan cara pembuatan

10 ketul kepak ayam atau bahagian lain yang dipotong kecil (ditumbuk lumat)
4 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 ulas bawang merah (ditumbuk lumat)
4 tangkai akar pokok ketumbar (ditumbuk lumat)
1/4 sudu kecil lada hitam (ditumbuk lumat)
1/4 sudu kecil lada putih (ditumbuk lumat)
1/2 sudu besar gula pasir
sos ikan secukup rasa
Sedikit kicap pekat
tepung beras secukupnya

1. Satukan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama gula, kicap dan sos ikan.

Gambar: fizalgk.blogspot.my

2. Seterusnya perap bersama ayam selama 3-4 jam di dalam peti ais.

3. Sebelum mengoreng, gaul rata ayam bersama tepung beras.

Gambar: fizalgk.blogspot.my

4. Goreng menggunakan minyak masak yang sudah dipanaskan dengan api yang sederhana sehingga masak.

c) Pulut kukus berlemak

Gambar: FZ Menu

Bahan-bahan dan cara pembuatan

1 setengah cawan beras pulut (direndam selama 1 jam)
1/2 sudu besar gula
1/4 cawan santan cair
Garam secukup rasa

1. Kukus pulut sehingga masak.

2. Kemudian gaulkan pulut bersama santan, gula dan garam di dalam satu bekas yang lain.

3. Kukus semula untuk 5 sehingga 7 minit bagi melembutkan lagi tekstur pulut.

Hidangkan pulut ayam Thailand ini bersama sos cili Thai sudah dicairkan bersama air panas dan gula.

Selamat mencuba!

VIDEO: Ya Tuhan, Mudahnya Buat Ayam Masak Thai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram