Rezeki Candat Sotong Dapat RM2,800 Satu Malam

0
4050
Sekadar gambar hiasan

Bermula musim mencandat sotong pada awal bulan ini memberikan rezeki yang lebih kepada para nelayan di Marang dan membuatkan mereka saling bersaing untuk mendapat hasil yang lebih.

BACA: Resepi Mudah Sotong Sumbat Telur Masin

Lambakan sotong jenis ‘teuthida’ ini turut memberikan keuntungan kepada pihak yang lain seperti pemborong, peniaga dan juga para pembeli.

Menurut seorang nelayan jika mereka dapat menaikkan 100 kilogram sotong dalam masa satu malam, jumlah yang akan diperolehi mampu mencapat RM2,800 semalam.

Kebiasaannya musim mencandat sotong akan bermula awal Mei sehingga Julai dan kebiasaannya kuantiti yang dapat dinaikkan lebih banyak berbanding bulan yang lain.

Sekadar gambar hiasan

“Tahun lepas kurang sikit…tahun ini waktu sekarang ini sudah ada (sotong) sikit-sikit. Saya berharap apabila bulan cerah nanti sotong ini akan bertambah lagi jika tidak diganggu oleh (bot) pukat tunda,” ujar seorang nelayan, Supri Mansor ketika ditemui Sinar Harian.

Supri turut memberitahu buat masa sekarang harga sotong adalah RM28 sekilogram dan mereka boleh menaikkan sehingga 100 kilogram jika keluar ke laut pada jam 5 petang sehingga waktu subuh.

Namun begitu hasil pendapatan seorang nelayan turut dipengaruhi dengan faktor cuaca dan ombak laut yang mana adakalanya mereka hanya pulang dengan 5 kilogram sotong sahaja.

VIDEO: Makan Sotong Besar Penumbuk Kat Nasi Lan Kedah?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram