Empat kontena yang dipercayai berisi daging kambing dan campuran daging babi telah dirampas ketika serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Gelang Patah yang dilakukukan semalam.

BACA: Dulu Diejek ‘Badak Sumbu’, Kini Cantik Sungguh!

Serbuan itu telah dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) setelah mendapat maklumat sejak 31 Mei yang lalu.

Pengarah MAQIS Johor/Melaka, Siti Nur Ahmad memberitahu Harian Metro, serbuan yang dilakukan semalam bernilai hampir RM2 juta dengan anggaran seberat 120 tan.

Pihak MAQIS juga telah menyekat pergerakan keluar masuk kontena di PTP dan melakukan penyiasatan bagi mengesan pengimport tersebut.

Gambar: Utusan Malaysia

Menurut Siti Nur Ahmad, pengimport yang terbabit dalam hal ini adalah pengusaha tempatan produk sejuk beku yang beroperasi di Selangor dan juga dipercayai mempunyai pensijilan halal oleh pihak berkuasa tempatan.

“Mereka sepatutnya mengimport daging kambing halal dari Australia, namun pemeriksaan mendapati hanya satu kontena mengikut peraturan ditetapkan namun tiga kontena lain mengandungi daging kambing dan bercampur daging dipercayai babi dari Sepanyol.

“Pengusaha terbabit nyata melanggar syarat permit mengimport daging dan berdepan tindakan tegas,” ujarnya lagi.

Setiap kontena dianggarkan mengandungi hampir 30 tan daging yang disusun secara bercampur antara daging kambing dan daging babi yang disejuk bekukan.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta MAQIS 2011 di mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala denda maksimum RM150,000atau penjara tidak lebih tujuh tahun bagi kesalahan kedua atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

VIDEO: Kambing Bakar Ini Bakal Buat Anda Terliur!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram