Mangga harumanis sememangnya satu produk terkenal negeri Perlis yang menjadi sebutan ramai orang apabila tiba musimnya namun berlainan pada tahun ini.

BACA: Kajian: Daging Proses Punca Terjadinya Kanser

Ini kerana pada tahun 2017 ini berlakunya lambakan buah mangga tersebut dan penurunan harga yang mendadak sehinggakan ada petani yang menanggung kerugian berjuta-juta ringgit.

Selain itu ada juga di antara mereka terpaksa membakar hasil ladang mangga masing-masing bagi mengelakkan terjadinya penyakit pokok yang lain.

Kini mangga harumanis yang telah dipetik telah dijual dengna harga serendah RM10 sekilogram kepada peraih dan RM15 sekilogram untuk pembeli biasa.

Menurut laporan Kosmo!, situasi ini terjadi kerana musim harumanis tahun ini jatuh ketika bulan Ramadan serta kelemahan memasarkan produk pertanian tersebut.

Pada tahun 2015, buah mangga harumanis boleh dijual dengan harga setinggi RM50 sekilogram dan para petani berjaya mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Gambar: Kosmo!

Musa Darus, 75, adalah antara pengusaha ladang harumanisyang terpaksa menanggung rugi apabila permintaan merosot sebanyak 70 peratus dan banyak buah yang terbiar busuk di pokok.

Tambahnya lagi, pada tahun ini ladangannya yang mempunyai 133 pohon mangga harumanis mengeluarkan hasil sebanyak lima tan dan setengah daripadanya terpaksa dibiarkan sahaja di pokok.

VIDEO: Harumanis: Macam Tak Masak Tapi Dalam Dia Manis Betul!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram