“Rupa Rupanya Upah Doa Ni Betul Berlaku”

0
1413
Sekadar gambar hiasan

Semalam di laman sosial media terkejut dengan viral satu Facebook Page yang mendakwa menawarkan perkhidmatan upah doa di Mekah dan tempat-tempat suci di sana.

BACA: “Tembikai Untuk Dimakan, Bukan Dibazirkan” – Dr. Maza

Pakej upah doa yang bermula daripada harga RM500 sehinggalah mencapai ribuan ringgit itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Melalui Facebook page itu mendakwa doa akan dibaca di beberapa tempat dan waktu yang mustajab seperti di Hijir Ismail, Maqam Ibrahim, Multazam, di hadapan Kaabah dan beberapa tempat yang lain.

Pada mulanya kami sangkakan perkhidmatan tersebut hanyalah satu gurauan kepada masyarakat Malaysia namun pada pagi tadi bekas peserta rancangan TV Pencetus Ummah, iaitu PU Rahmat memuat naik screen shot perbualan whatsappnya bersama pemilik pakej upah doa tersebut di Facebook miliknya.

“Rupa-rupanya upah berdoa ini betul-betul berlaku, saya ingatkan troll semata-mata,” ujar PU Rahmat melahirkan rasa kecewanya dengan servis perkhidmatan yang seolah-olah mempermainkan agama.

Beliau turut menjelaskan bahawa untuk berdoa kepada Allah tidak memerlukan perantara yang diupah seperti didakwa pakej upah doa tersebut.

Dalam yang masa sama PU Rahmat turut menyatakan tentang adab berdoa iaitu dengan meminta kepada Allah sepenuh hati dan yakin Allah akan memakbulkan permintaan seseorang itu.

Tambahnya lagi, sekiranya doa ataupun permohonan kita itu tidak dimakbulkan Allah bukanlah bermaksud Allah melupakan permintaan itu cuma masanya belum sesuai.

Pemilik Facebook Page tersebut mendakwa menyediakan perkhidmatan seperti itu kerana untuk memudahkan golongan yang tidak mampu ke Mekah untuk berdoa dan melakukan amal ibadat dengan mengirim doa tersebut.

VIDEO: Vitdaily Buka Puasa : Restoran Ahmad Albab

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram