Sah Ada Harimau Di LPT2

0
1004
Harimau yang dikatakan berada berhampiran LPT2. Gambar: Sinar Harian

Baru-baru ini telah viral di laman sosial media berkenaan kehadiran seekor harimau belang di laluan Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) berhampiran Bukit Besi, Terengganu.

BACA: Wanita Ini Sanggup Heret Angsa Sehingga Mati Untuk Bergambar

Jabatan Perhilitan Terengganu telah pun mengesahkan terdapatnya harimau itu adalah benar dan tindakan untuk menangkap haiwan tersebut sedang digerakkan.

Menurut Pengarah Perhilitan Terengganu, Mohd Hasdi Husin, pihaknya telah memasang perangkap dan melakukan memantauan secara berkala untuk menangkap harimau yang tergolong dalam haiwan dilindungi ini.

Tujuan untuk menangkap harimau tersebut kerana untuk mengelakkan ia diburu oleh pemburu haram dan pihak Perhilitan akan memindahkan harimau tersebut ke habitat yang lebih sesuai kerana buat masa ia terlalu hampir dengan laluan kenderaan.

Gambar: The Malay Mail Online

“Apabila perkara ini sudah “viral”, haiwan ini kini dalam bahaya kerana akan menjadi buruan pemburu haram.

“Selain ingin menangkap untuk dilepaskan semula ke habitat lebih selamat, tujuan pemantauan dibuat adalah bagi mengelak pak belang ini ditangkap pemburu haram,” beritahu Mohd Hasdi kepada Sinar Harian.

Tidak menolak kebarangkalian terdapatnya haiwan liar yang lain dikawasan tersebut beliau turut meminta orang ramai tidak menyebarkan di laman sosial media kerana ini boleh membawa kepada pemburuan haram haiwan liar di kawasan tersebut.

Mohd Hasdi turut menasihati orang ramai yang terserempak dengan haiwan liar di kawasan tersebut segera melaporkan penemuan itu kepada pihaknya supaya langkah melindungi haiwan itu dapat dilakukan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram