Saintis: MH370 Berada Di Zon Kecil

0
15115

Misteri kehilangan pesawat MH370 masih lagi belum terungkai dan baru-baru ini saintis dari Australia memberi harapan baru dengan menyatakan pesawat itu berkemungkinan berada dalam zon kecil iaitu 25,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

BACA: Rakyat Sedih Pencarian MH370 Kini Berakhir

“Kami dapati serpihan sebenar flaperon itu ditemui terapung kira-kira 20 darjah ke bahagian kiri dan lebih cepat daripada replikanya. Penemuan flaperon di La Reunion pada Julai 2015, lebih masuk akal,” Kata Dr David Griffin pada Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel (CSIRO).

Sumber dari deccanchronicle.com

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengesahkan lokasi terbaru itu dalam satu kenyataan baru-baru ini. Namun, pencarian MH370 di lokasi terbaru itu ditolak oleh pihak Malaysia dan Australia, lapor The Malay Mail.

Pihak Australia pernah menegaskan bahawa mereka tidak akan memulakan pencarian jika tiada sebarang bukti atau petunjuk baru. Sebelum ini, pencarian dulu menelan belanja sebanyak A$200 juta atau RM662.6 juta tetapi tidak menemui sebarang hasil.

Marilah kita berdoa agar pesawat MH370 ditemui satu hari nanti supaya keluarga mangsa dapat meneruskan hidup dengan lebih tenang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rangup Dan Lembut Betul Satay Goreng Ayam Ni