Sampah Seberat 4 Tan Terkumpul Di Gunung Everest

0
1274

Hiking merupakan aktiviti sihat paling digemari oleh anak muda sekarang. Jika ada masa terluang ketika hujung minggu, pasti ada yang pergi mendaki bukit atau gunung dalam Malaysia dan ada juga ke luar negara.

Malangnya, ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengotorkan bukit dan gunung yang mereka daki contohnya di gunung Everest.

BACA: Misi Lelaki Umur 69 Tahun Tawan Everest!

Sumber dari nationalgeographic.co.id

Pihak sukarelawan dari negara China melancarkan projek pembersihan sekitar kawasan gunung tertinggi di dunia itu mengambil masa selama sembilan hari yang bermula sejak hari Sabtu lalu berjaya mengumpul sebanyak empat tan sampah selepas lima hari ia dilancarkan.

Sumber dari bintang.com

Sampah bertaburan di sekitar gunung tersebut mencacatkan pemandangan apabila sampai di kawasan tapak perkhemahan pada ketinggian di antara 5,181 sehingga 6,492 meter. Malah, laluan pejalan kaki juga turut dibersihkan bagi memudahkan pendaki untuk sampai ke puncak.

Sumber dari dailymail.co.uk

Selain itu, pendaki yang memulakan pendakian dari negara Nepal pula diberikan beg sampah oleh penganjur bagi memudahkan mereka mengutip sampah seterusnya dibawa keluar menggunakan helikopter disediakan khas untuk mengambil sampah.

Gunung Everest berada di antara negara China dan Nepal menjadi tumpuan seluruh dunia kerana ketinggian dan kesukaran untuk menawannya haruslah dipelihara demi memastikan kebersihan di atas gunung terjamin serta bebas dari penyakit tidak diingini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lepas Daki Bukit, Terus Pekena Ramen Pedas!