Sanggup Ragut Rumput Dari Ditahan Polis

0
168

Biasanya kita lihat lembu atau kambing meragut rumput di tepi jalan dan ianya normal dilihat. Tetapi satu kejadian luar biasa berlaku apabila seorang lelaki mabuk di timur China bertindak meragut rumput untuk melepasi ujian pernafasan polis.

BACA: Belajar Kulinari Luar Negara, Balik Jual Biskut Ganja

Lelaki itu ditahan polis trafik Yiwu, wilayah Zhejiang kerana gelagat dia dilihat mencurigakan apabila dia meninggalkan kereta tepi jalan pada jarak 80 meter dari sekatan jalan raya, ujar stesen televisyen CZTV.

Polis meminta dia melakukan ujian pernafasan kerana mereka menghidu bau alkohol yang sangat kuat tetapi dia tidak mengaku mengambil alkohol dan memandu kereta.

Sumber dari sarawakiana.net

Lelaki itu secara tiba-tiba memakan rumput di tepi jalan untuk mengelak dari ditahan polis. “Pemandu mungkin mahu untuk mengubah tahap alkohol dalam darah dengan makan rumput,” ujar polis.

Polis turut meminta dia berhenti berbuat demikian tetapi dia mengendahkannya dan terus memakan rumput. Polis kemudian membawa lelaki tersebut ke hospital untuk mengambil ujian darah tetapi dia gagal dalam ujian tersebut.

Tindakan pelik lelaki itu menjadi buah mulut warga laman sosial dan ada yang menganggap dia lahir pada tahun lembu, kata South China Morning Post.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)