Sarapan Di Kelantan Naik Harga Namun Tetap Murah

0
606
Gambar: Sinar Harian

Oleh kerana berhadapan dengan kenaikan harga barangan mentah yang turut memberi kesan kepada perniagaan, pengusaha kedai makan di Kelantan terpaksa menaikkan sedikit harga makanan yang disajikan.

BACA: Kuih Percuma Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan

Namun begitu jumlah yang dinaikkan sekitar RM0.20 sen hinga RM0.50 sen itu masih lagi dalam kategori yang murah demi menjaga keperluan pelanggan.

“Sebagai pengusaha, kami risau bila dimaklumkan harga bahan mentah naik, tapi tak sampai hati nak naikkan harga masakan sebab pelanggan di sini golongan sederhana.

“Kami tak mahu mereka berfikir banyak kali. Biarlah semua dapat beli, dapat makan,” katanya pemilik kedai Makan Aly Kan Bulatan Jam Besar, Nik Roselin Nik Mat, 54.

Tambahnya lagi kuih muih di negeri ini masih lagi dijual dengan harga yang rendah iaitu RM1.00 untuk empat biji kuih.

Gambar: Sinar Harian

Bagi menantunya, Nor Azrieni Mohd Ghani, 27, berkata walaupun bahan mentah dikenakan GST namun mereka tidak menaikkan harga terlalu tinggi sehingga menyusahkan para pelanggan.

Akan tetapi Nor Azrieni berharap harga petrol dapat diturunkan supaya kedai makan dan restoran yang ada tidak menaikkan harga sesuka hati

Bagi Mohamad Bakat, 65, yang merupakan pelanggan setia kedai itu merasakan harga makanan yang dikenakan kini tidaklah terlalu membebankan pelanggan.

Bagi saya, kedai makan dan restoran di Kelantan secara keseluruhannya masih jual makanan dengan harga murah. Kalau mahu berjimat, masih ada menu yang harga sangat rendah contohnya nasi lemak biasa,” ujarnya.

VIDEO: Makan Steamboat Murah Kat Kelantan, RM20 Je Wei! 😱 😱 😱