Sarapan Di McDonald’s Tak Lebih RM5

0
269

Mengambil sarapan adalah perkara terpenting apabila waktu pagi kerana ia akan memberikan tenaga untuk kita bergerak cergas sepanjang hari itu namun begitu kerana mengejar waktu mungkin anda tidak sempat untuk mengambil sarapan.

BACA: Ini Cara Sebenar Guna STRAW Baru McDonald’s

Oleh kerana itu rangkaian makanan segera terkenal iaitu McDonald’s telah menawarkan menu sarapan istimewa serendah RM4.95 bagi mereka yang sibuk supaya dapat bersarapan.

Antara menu sarapan itu mengandungi Sausage McMuffin dengan telur atau Muffin Ayam dan disertkaan bersama Premium Roast Coffee.

“Selain itu, menepati cita rasa tempatan turut ditawarkan cakoi dan soya yang boleh didapati sepanjang hari di McDonald.

“Walau sesibuk mana pagi anda, dengan adanya sarapan McDonald’s, pasti dapat dinikmati dengan cepat dan mudah di samping harga berpatutan,” ujar McDonald’s seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Selain itu para pelanggan juga dijemput untuk menyertai McDonald’s Malaysia untuk berkelah di taman terpilih bagi mempromosikan sarapan hujung minggu bermula minggu ini.

Aktiviti tersebut akan menampilkan selebriti tanah air seperti Awi Rafael, Mark Adam, Siti Nordiana, Ippo Hafiz, Jihan Musa, Dayang Nurfaizah dan diadakan dengan kerjasama daripada Hot FM.

Para pengunjung akan dihidangkan Chicken Muffin dan minuman McDonald’s Orange Bowl yang menyegarkan segara percuma.

Program tersebut akan bermula 3 Mac ini di Taman Rekreasi Bukit Besar, Kuala Terengganu yang menampilkan Siti Nordiana.

VIDEO: Roti Telur Segitiga

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram