“Saya Bukan Letak Nama Nasi Lemak Gayboy Pun”

0
23004

Kecoh sekejap bumi Malaysia dengan kehadiran jenama nasi lemak yang bukan lagi berkaitan dengan dara mahu pun pondan namun menyentuh seksualiti individu gay. Namun, ada benda yang anda tak tahu sebenarnya.

BACA: Kisah Di Sebalik Nasi Lemak Babi

Menurut laporan mStar Online, empunya gerai nasi lemak yang berniaga di tepi jalan tersebut mendapat kecaman hebat daripada pengguna laman sosial membuatkan jualan terus merudum.

Menurut tuan kedainya, Adi Yusuf yang sudah berumur 33 tahun pun, nama Nasi Lemak Gay itu adalah singkatan daripada namanya sendiri iaitu – Nasi Lemak Gerai Adi Yusuf (GAY). Lebih menarik lagi, dia sudah pun berniaga di situ bermula awal tahun ini lagi.

“Saya berniaga nasi lemak di situ sejak akhir Januari lalu. Hanya baharu semalam (Selasa) saya pasang banner dengan nama Nasi Lemak Gay. Saya tak sangka ia kecoh satu Malaysia. Saya terus kena kecam. Kuasa media sosial sangat menakutkan”

“Saya ambil keputusan untuk berhenti berniaga buat sementara selepas menerima banyak kecaman. Saya tunggu ia reda dahulu. Saya memang tak terfikir pasal nama itu akan mengundang pelbagai reaksi kerana ia adalah singkatan kepada Gerai Adi Yusuf, nama saya sendiri”

“Saya bukan letak nama Nasi Lemak Gayboy pun. Saya tak sangka masyarakat terus menghina saya dan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa,” katanya kepada portal berita tersebut.

Nampaknya mungkin Adi Yusuf yang berniaga di Taman Segar, Cheras ini perlu mengumpul kekuatan kembali untuk berniaga. Idea untuk menarik perhatian orang ramai namun kali ini tidak kena dengan latar belakang suci murni kehidupan masyarakat di Malaysia.