‘Saya Proton Saga, Anak Saya Viva!’

0
2561
Gambar: Sinar Harian

Mendapat perhatian kerana tersebarnya surat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana nama dua beranak ini yang unik dan mengikut nama kereta buatan syarakat otomobil nasional.

BACA: Tanggung Risiko Jual Nasi Lemak 50 Sen

33 tahun yang lalu sewaktu anaknya dilahirkan pada 6 Ogos 1984, Kelambu, 54, tidak mempunyai sebarang idea untuk menamakan anaknya yang baru lahir ketika itu.

“Ada seorang polis di Trolak cadangkan nama Proton Saga, saya ikut saja.

“Mungkin masa tu negara kita nak keluarkan kereta yang pertama, jadi polis tu pun beri cadangan nama Proton Saga untuk anak sulung saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Kelambu menemui polis tersebut ketika hadir ke pejabat pendaftaran bagi mendaftarkan nama anak lelakinya itu.

Kini anak sulung daripada tujuh beradik yang lahir 11 bulan sebelum pelancaran kereta Proton Saga pada Julai 1985, telah berusia 33 tahun.

Bagi Kelambu dan isterinya merasa berbangga dengan nama anaknya tersebut kerana unik dan membawa maksud yang baik.

“Orang luar yang pertama kali dengar nama anak saya akan cakap nama itu unik dan sangat bagus. Sebagai bapa tentulah saya bangga,” ujarnya lagi.

“Saya tak kisah atau malu”

Proton Saga dan isterinya. Gambar: Sinar Harian

Manakala bagi Proton Saga sendiri tidak berasa malu atau mengambil kisah apa yang orang ramai katakan tentang namanya.

Bahkan sejak daripada kecil tiada rakan sekampungnya yang mengejek nama tersebut walaupun mengetahui nama tersebut berasal daripada nama kereta.

Proton Saga yang juga telah berkahwin bersama Rodiah Yok Ramu, 30, dan telah dikurniakan dua orang anak yang masing-masing berusia 10 tahun dan setahun.

Seolah mengulang peristiwa yang dialami ayahnya, Proton Saga juga telah menamakan anaknya dengan nama kereta.

“Macam bapa saya juga, waktu tu saya tak tahu nak letak nama apa. Kebetulan ada misi datang periksa isteri saya. Dia beri cadangan nama Viva. Saya dan isteri rasa itu unik dan terus setuju,” katanya.

Kini Proton Saga pasti akan tersenyum apabila melihat MyKid anaknya yang kini berada di tahun empat SK Trolak Selatan.

VIDEO: Vitdaily Buka Puasa : Ilham Nasi Kukus

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram