Sedap Ke Tidak Kedai Makan Umi Asam Pedas?

0
2177

Pasti ramai yang mengemari masakan asam pedas yang mempunyai kombinasi rasa masam, pedas dan mempunyai aroma yang wangi kerana bau daun kesom, bawang, serai dan juga bunga kantan dan beberapa ramuan yang lain memang membangkitkan selera apabila dimakan bersama nasi putih yang baru dimasak.

BACA: Sedap Ke Tidak Warung Laksa Zaitun?

Kebiasaannya untuk merasa asam pedas yang memenuhi citarasa kebiasaannya kita akan teringatkan negeri Johor dan Melaka kerana masakan asam pedas adalah keistimewaan di sana, namun baru-baru ini ketika dalam perjalanan menuju ke Banting kami sempat singgah di Kedai Makan Umi Asam Pedas yang terletak berhampiran jalan utama Telok Panglima Garang.

sedap-ke-tidak-kedai-makan-umi-asam-pedas-vitdaily-02

Daripada luar kedai makan ini kelihatan biasa sahaja namun pelanggan tidak putus-putus datang untuk menikmati asam pedas yang istimewa di Kedai Makan Umi Asam Pedas yang telah beroperasi selama 6 tahun.

Setelah kami bertanyakan kepada beberapa pelanggan yang ada di gerai tersebut rata-rata menyarankan kami mencuba asam pedas di sini kerana ia merupakan hidangan utama di gerai makan ini dan ketika memilih lauk agak rambang mata juga dibuatnya kerana terdapat pelbagai jenis ikan daripada ikan kembong sehinggalah ikan patin.

sedap-ke-tidak-kedai-makan-umi-asam-pedas-vitdaily-08

Lebih menarik lagi harga lauk pauk di kedai ini juga sangat berpatutan kerana bagi seketul ikan asam pedas berharga sekitar RM6-RM10 sahaja dan saiz hidangan mencukupi sekiranya dikongsi dua orang. Bagi hidangan yang kami pilih iaitu asam pedas ikan mayong bersama nasi putih, kerabu dan sambal tempe hanyalah RM12.50.

sedap-ke-tidak-kedai-makan-umi-asam-pedas-vitdaily-03

Konsep kedai makan ini adalah layan diri dan setelah memilih jenis ikan yang telah dimasak terlebih dahulu dan diasingkan daripada kuah supaya tekstur ikan tidak hancur,seterusnya pekerja gerai akan panaskan seketika bersama kuah asam pedas dan dihidangkan panas-panas.

sedap-ke-tidak-kedai-makan-umi-asam-pedas-vitdaily-05

Asam pedas di kedai ini mempunyai sedikit perbezaan dengan asam pedas yang lain kerana ia tidak terlalu berminyak dan rasanya seimbang di antara pedas, masin dan masam. Bahkan ramuan yang digunakan tidak menenggelamkan rasa manis ikan yang segar itu.

Menurut pemilik gerai ini, Puan Rumini Nordin atau mesra dipanggil Puan Umi mengatakan untuk mendapatkan resepi yang memenuhi citarasa pelanggan dia telah mencuba pelbagai jenis resepi dan membuat sukatannya tersendiri dan pada setiap hari dia akan mengambil tanggungjawab menyediakan sendiri pes asam pedas yang akan digunakan.

sedap-ke-tidak-kedai-makan-umi-asam-pedas-vitdaily-04

Apabila ditanya mengenai bekalan ikan, Puan Umi mengatakan dia akan pastikan ikan yang diperoleh daripada pembekal adalah betul-betul segar dan setiap hari dia memerlukan kira-kira 15 kilogram bagi setiap jenis ikan yang disajikan.

Antara ikan yang sering menjadi pilihan pelanggan kedai makan ini adalah ikan pari, ikan sembilang, ikan kembung, ikan mayong dan beberapa jenis ikan ikan yang lain. Kadang-kala ada juga pelanggan yang gemarkan asam pedas ikan patin.

sedap-ke-tidak-kedai-makan-umi-asam-pedas-vitdaily-06

Selain asam pedas, kedai makan yang beroperasi bermula 10.00 pagi sehingga 3.00 petang ini turut mempunyai pilihan lauk pauk melayu yang lain seperti gulai lemak ayam, kari daging, sambal tempe, ikan goreng dan beberapa lauk yang lain. Boleh dikatakan pilihan lauk pauk di sini akan memenuhi citarasa ramai orang.

sedap-ke-tidak-kedai-makan-umi-asam-pedas-vitdaily-07

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram