Sedap Ke Tidak Warung Laksa Zaitun?

0
771

Pasti ramai yang menggemari laksa bahkan ia merupakan hidangan popular sama ada di makan waktu petang ataupun ketika jamuan. Bahkan ada juga yang memilih laksa untuk sarapan dan makan malam.

BACA: Hanya Di Kuala Kangsar, Makanan Percuma Anda Perlu Serbu!

Bagi yang menggemari laksa pasti tahu Bandar Diraja Negeri Perak, Kuala Kangsar ini terkenal dengan pembuatan laksa tepung gandum bahkan di Kuala Kangsar sahaja mempunyai pelbagai gerai yang menjual laksa dan masing-masing mempunyai keunikan tersendiri.

sedap-ke-tidak-warung-laksa-zaitun-vitdaily-05

Baru-baru ini kami sempat singgah di Warung Laksa Zaitun yang terletak betul-betul tepi jalan berhadapan masjid Padang Asam, Padang Rengas, Kuala Kangsar bagi merasai sendiri laksa yang dikatakan antara yang popular di Kuala Kangsar.

Ketika kami sampai di warung ini sekitar pukul 11.30 pagi sudah ramai pelanggan yang memenuhi meja yang disediakan dan sedang menikmati laksa dan hidangan yang lain. Warung ini juga terletak tidak jauh daripada plaza tol Kuala Kangsar jadi memudahkan para pelanggan untuk singgah ke sini.

sedap-ke-tidak-warung-laksa-zaitun-vitdaily-02

Sekarang mungkin ramai yang mengemari laksa telur sarang namun bagi mencari kelainan kami memesan laksa cucur yang hanya berharga RM3.00 sepinggan.

Ketika hirupan kuah yang pertama kami dapat rasakan keseimbangan antara isi ikan dan juga bahan yang lain seperti bawang dan cili. Rasa ikan tidak terlalu kuat sehingga hilang rasa ramuan yang lain bahkan kuahnya juga tidak terlalu cair mahupun pekat, bak kata orang just nice!

Gambar: Facebook Yana Fyqah‎
Gambar: Facebook Yana Fyqah‎

Manakala daripada tahap kepedasan boleh dikatakan seimbang namun bagi yang mengemari pedas boleh minta cili padi potong.

Bagi laksanya pula memang satu gandingan yang mantap bersama kuahnya kerana ia tidak terlalu lembut dan kekenyalan laksa tersebut masih lagi dapat dirasa. Timun, daun salad dan bawang yang dihiris nipis turut membantu membangkitkan selera ketika menikmati laksa di warung ini.

sedap-ke-tidak-warung-laksa-zaitun-vitdaily-03

Bahagian yang menariknya adalah cucur udang yang dipotong dan disertakan dalam laksa cucur ini. Biasanya orang akan makan cucur bersama kuah kacang atau sos cili namun tidak kurang enaknya cucur udang apabila dimakan bersama kuah laksa ini.

Berkenaan harga pula, setiap set hidangan laksa mahupun hidangan yang lain hanyalah sekitar RM2.00 sehingga RM6.00. Selain laksa, pasembor dan nasi ayam yang dihidangkan di warung ini tidak kurang enaknya dan ia merupakan tempat yang sesuai untuk anda dan keluarga mahupun kawan-kawan hendak menjamu selera kerana pelbagai jenis makanan dan minuman turut dihidangkan di sini.

sedap-ke-tidak-warung-laksa-zaitun-vitdaily-04

Setelah anda selesai memakan laksa, kami cadangkan anda cuba jeli kelapa yang terdapat di warung ini. Jeli kelapa yang hanya berharga RM1.20 ini betul-betul menyegarkan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang hendak dituju.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram