Sediakan Tisu Sebelum Anda Tonton Iklan Makanan Segera Ini

0
5911

Kasih sayang adalah satu perkara yang tidak ternilai untuk ditukar ganti dengan wang ataupun material yang lain kerana ia melibatkan hati dan perasaan.

BACA: Iklan McCafe Perli Kafe Hipster Terlampau

Tarikh 14 Februari setiap tahun telah sinonim dengan hari kasih sayang yang disambut oleh masyarakat dunia dan ramai juga yang mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa sayang kepada pasangan masing-masing.

Perasaan kasih sayang itu bukan hanya terhad kepada orang yang bercinta, ia boleh digambarkan dengan hubungan kekeluargan, antara kawan-kawan, suami isteri hatta ibu dan anak.

Jollibee adalah satu rangkaian makanan segera yang terkenal di Filipina telah mengeluarkan satu siri iklan yang mengambarkan rasa kasih dan sayang itu.

Iklan yang dihasilkan ini memang menyentuh hati para penonton atau orang kata ada human touch (konsep yang selalu diketengahkan oleh iklan daripada Thailand).

Iklan bertajuk ‘Date’ ini menunjukkan seorang kanak-kanak sedang membuat persiapan untuk makan malam romantik bersama ibunya.

Latar suara ayahnya yang memberikan tips dan apa yang patut dibuat sangat memberikan kesan emosi dan penghujungnya memang buat anda bergenang air mata.

Oleh itu kami kongsikan siri iklan Jollibee ini untuk anda lebih menghargai orang-orang yang anda sayangi.

VIDEO: Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram