Selalu Panaskan Makanan? Baca Ini Dahulu

0
10392

Selalunya, makanan yang tidak habis dimakan akan kita simpan di dalam peti sejuk. Mungkin masih elok dan boleh dipanaskan esok hari.

BACA: Kisah Inspirasi Mat Despatch Bantu Gelandangan

Tahukah anda sebenarnya ada beberapa makanan yang tidak sesuai dipanaskan semula setelah tak habis dimakan? Kami telah senaraikan beberapa jenis makanan berikut.

Jangan panaskan lebihan nasi

Sumber dari wikiwand.com

Kebiasaannya, kita pasti ada lebihan nasi yang tak habis dimakan. Selalunya, ibu atau isteri akan simpan di dalam peti ais untuk digoreng pada esok hari.

Tahukah anda, bila nasi yang tak habis disimpan dan dipanaskan semula, ianya akan menyebabkan terjadinya pertumbuhan spora.

Setelah nasi yang dipanaskan menjadi suhu normal bilik, spora akan mula membiak seterusnya menghasilkan bakteria yang boleh menyebabkan loya dan muntah.

Sebenarnya, bukan memanaskan nasi yang menyebabkan pembiakan spora berlaku tetapi cara bagaimana nasi itu disimpan.

Menurut Food Standards Agency, nasi perlu disimpan dengan betul iaitu disejukkan dahulu sebelum diletak dalam peti ais dan biarkan ia selama 12 jam sebelum dipanaskan.

Jangan panaskan telur rebus dengan kuning telur di dalamnya

Sumber dari free.merdeka.com

Telur merupakan sumber protein yang memiliki banyak nutrisi baik untuk tubuh. Ia mengandungi vitamin A, kalsium, Vitamin B6 dan B12, fosforus dan protein dengan kadar yang tinggi.

Sekalipun telur yang sudah direbus dipanaskan seketika dengan tujuan untuk menghangatkan, kandungan racun akan mula terhasil.

Racun ini terdapat di dalam telur khususnya bahagian kuning yang akan mengganggu sistem pencernaan anda.

Bayam yang dipanaskan penyebab kanser

Sumber dari healthyvitagarden.com

Bayam merupakan jenis sayuran yang banyak mengandung zat besi, vitamin, mineral dan serat. Sebab itulah sayur ini berwarna kehitaman setelah beberapa jam dimasak.

Kalau ada lebihan sayur bayam yang boleh dimakan, sebaiknya jangan dipanaskan kerana kandungan nitrat dalam bayam akan berubah menjadi nitrit.

Nitrit bersifat karsinogen yang turut dikenali sebagai penyebab kanser.

Cendawan tak elok untuk jantung jika dipanaskan

Sumber dari myrokan.com

Selain sebagai sumber protein, cendawan juga kaya akan kandungan mineral, vitamin, asid amino dan anti oksida.

Sebaiknya pengambilan makanan yang mengandungi cendawan hendaklah dimakan ketika masakan masih baru.

Jika dipanaskan, kandungan protein akan berubah dan menyebabkan masalah pencernaan, juga akan kehilangan zatnya.

Kentang memiliki bakteria langka (Nicrotizing Fasciitis)

Sumber dari health.liputan6.com

Kentang banyak mengandung zat besi yang baik untuk nutrisi otak. Bukan itu sahaja, kentang juga memiliki kandungan karbohidrat yang mudah dicerna dan mampu menyihatkan perut.

Kandungan bakteria langka (Nicrotizing Fasciitis) yang ada di dalam kentang ini sangat berbahaya jika dipanaskan semula.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Mana Hilangnya Lubang Kuih Keria? #VitdailyGoCarMelaka