Serendah RM2899 Pergi Balik Ke Jeddah Dengan Malindo Air

0
205

Laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah merupakan laluan terbaru untuk syarikat penerbangan Malindo Air dengan persinggahan selama sejam di Ahmedabad, India.

BACA: 7 Fakta Kereta Api Laju Di Mekah Yang Bakal Siap

Harga yang ditawarkan bagi promosi pengenalan adalah bermula daripada RM3,999 untuk kelas perniagaan dan RM2,899 untuk penerbangan kelas ekonomi.

Para penumpang Malindo Air akan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebanyak dua kali seminggu bermula 21 Februari sehinga 25 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Murthy berkata, laluan terbaru ke Jeddah ini adalah untuk memasuki pintu utama ke kota suci Arab Saudi, Mekah dan Madinah.

“Ia akan menyediakan satu lagi pilihan mampu milik bagi pelanggan beragama Islam kami untuk menunaikan umrah dan haji,” katanya seperti yang dilaporkan The Malay Mail.

Tambahnya lagi Malindo Air yakin orang ramai akan memberi sambutan yang hebat untuk laluan ini dan mempunyai perancangan untuk menambah kekerapan kepada empat kali seminggu dan penerbangan setiap hari ketika bulan Ramadan.

VIDEO: Cuba Teka, Berapa Harga Makanan Kat Hotel Ni? 😱 😱 😱

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram