Shah Rukh Khan Malaysia Ingin Jadi Bomba

0
1989
Gambar: Sinar Harian

“Nak jadi bomba” adalah jawapan oleh seorang remaja berusia 17 tahun apabila setiap kali ditanya tentang cita-citanya apabila sudah besar nanti dan jawapannya tidak pernah berubah sejak dahulu lagi.

BACA: Jual Rumah Demi Pertandingan Catur

Apa yang menarik tentang remaja ini adalah namanya yang sama dengan bintang terkenal Bollywood iaitu Shah Rukh Khan dan yang membezakannya hanyalah ejaan namanya Shah Rukhkhan (perkataan Rukh dan Khan dirapatkan).

Nama pelajar tingkatan lima SMK Dato Haji Abdul Samad (SDASA), Port Dickson ini diberikan oleh ibunya, Alona Palawes, 50, yang berasal daripada Sabah.

Alona mendapat ilham bagi menamakan anaknya sama seperti bintang Bollywood ini kerana sewaktu mengandungkan anak ketujuhnya ini, dia terlalu meminati Shah Rukh Khan.

“Sebab terlalu minat. Sepanjang mengandungkan dia, saya selalu tengok TV filem-filem lakonan Shah Rukh Khan.

“Masa lahirkannya, saya terus letak nama Shah Rukhkhan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Gambar: Sinar Harian

Ibu kepada lapan orang anak ini memberitahu anaknya, Shah Rukhkhan atau selesa dipanggil Chokan ini adalah seorang yang sangat rapat dengan dirinya dan selalu menemaninya ke mana-mana dan sangat berdikari.

Bagi Shah Rukhkhan pula, memang dia merasa sedikit segan apabila orang ramai mengetahui nama sebenarnya itu.

Akan tetapi perkara itu tidak menjadi penghalang untuknya aktif dalam kadet bomba kerana dia kagum dengan pengorbanan yang dilakukan anggota penyelamat itu.

“Bomba pasukan sangat berani. Mereka masuk ke kawasan bencana untuk menyelamatkan mangsa, berlawan dengan api menyelamatkan mangsa dan harta benda, membantu mangsa kemalangan dan sebagainya.

“Tugasnya mereka sangat mulia. Sebab itu satu hari nanti saya mahu menjadi sebahagian daripada mereka,” ujar Shah Rukhkhan apabila ditanya tentang minatnya itu.

VIDEO:”Nampak Macam Telur, Tapi Sebenarnya Dia Mango”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram