Terkenal dengan hidangan murtabak dan makanan India Muslim sejak tahun 1908, restoran Zam Zam yang terletak di Singapura sememangnya menjadi tumpuan masyarakat tempatan dan pelancong yang berkunjung ke pulau moden tersebut.

BACA: Kenapa 1,000 Orang Serbu Kedai Nasi Kukus Ini?

Bagi menghargai jasa dan keringat pekerja restoran ini, pemiliknya menggunakan duit simpanannya yang dikumpul selama tiga tahun untuk membawa 27 orang pekerjanya menunaikan ibadah umrah pada penghujung Ramadan yang lepas.

Menurut The Straits Times, pemilik restoran tersebut enggan ditemuramah namun pengurus restoran Zam Zam, Zackeer Khan mengakui bahawa segala perbelanjaan pekerja bagi menunaikan umrah ditanggung sepenuhnya oleh bos mereka.

Dia yang telah menjadi pengurus di restoran tersebut selama enam tahun memberitahu perbelanjaan yang ditanggung adalah visa perjalanan, tiket kapal terbang dan juga penginapan selama sembilan hari.

“Kami melakukan ini kerana ingin menghargai titik peluh dan kerja keras pekerja kami,” ujar Zackeer.

Bagi pekerja yang lain pula mereka berasa bersyukur tak terhingga dengan ganjaran yang diberikan kepada mereka bahkan ada yang mengatakan ia seolah-olah impian mereka menjadi kenyataan apabila berpeluang mengerjakan ibadah umrah.

Lebih menarik lagi, pihak pengurusan restoran sengaja memilih tarikh minggu terakhir Ramadan untuk membawa pekerja mereka menunaikan umrah kerana ingin memberi mereka pengalaman beribadah di tana suci itu ketika 10 hari terakhir Ramadan.

Oleh kerana itu restoran tersebut telah menutup operasi mereka selama 10 hari yang mana jarang-jarang sekali dilakukan kerana ketika Ramadan sebelum ini para pelanggan akan memenuhi restoran tersebut.

VIDEO: Apa Yang Best Di Sungai Petani?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram