Sindiket Rohingya Jual Yasin Raih RM1,000 Sehari

0
303
Gambar: Harian Metro

Jika anda berada di Kuala Lumpur pasti anda pernah bertemu beberapa orang kanak-kanak yang menjual surah Yasin dan katanya untuk kebajikan dan kadang-kala mereka seakan memaksa orang untuk belinya.

BACA: Sedekah Aiskrim RM1 Untuk Anak-Anak Yatim

Pada malam kelmarin satu iperasi terlah dilakukan oleh Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG), Bukit Aman menerusi Op Pengemis.

Dikatakan pendapatan sindiket yang mengeksploitasi kanak-kanak Rohingya itu meraih pendapatan sehingga RM1,000 sehari.

Operasi yang bermula jam 3 petang sehingga 6 petang itu seramai 16 orang termasuk lapan kanak-kanak telah ditahan selepas didapati terlibat dalam aktiviti mengemis.

Ketua Penolong Pengarah STAGG, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa memberitahu Harian Metro, operasi tersebut dijalankan setelah melakukan risikan selama dua minggu.

Sekadar gambar hiasan

“Kami juga menahan lapan kanak-kanak termasuk lima kanak-kanak perempuan yang dieksploitasi bagi menjual surah Yasin kepada orang ramai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India dan Jalan Bukit Bintang, di sini.

“Semua yang ditahan adalah warga Rohingya yang memegang Kad Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).” tambahnya lagi.

Ketika operasi itu juga pihak polis telah merampas wang tunai berjumlah RM802 dan 95 naskah buku surah Yasin.

Menurut beliau, daripada hasil pemerhatian sindiket berkenaan bergerak dari kediaman di Pandan Mewah, Ampang ke ibu kota dengan menggunakan pengangkutan ayam.

Selain itu, Khairi turut memberitahu terdapat unsuk ekspolitasi terhadap kanak-kanak yang mereka perlu menyerahkan duit kepada penjaga sebelum meneruskan kembali aktiviti mengemis.

VIDEO: Satu Mangkuk Tak Cukup Makan Cendol Disini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram