Sinki Selalu Tersumbat? Ini Cara Mudah Guna Bahan Dapur

0
16645

Anda pasti pernah mengalami kejadian sinki bertakung disebabkan tersumbat, kan? Sisa makanan yang melekat dalam paip sinki kadangkala keras dan susah nak dibuang disebabkan terlalu lama berada di dalamnya.

BACA: 10 Jenis Makanan Anti Kolesterol

Anda pula terpaksa panggil tukang paip untuk membersihkan dan membetulkan semula paip sinki anda. Sudah pasti kos yang dikenakan juga agak mahal.

Tahukah anda sebenarnya kita boleh menyelesaikan masalah sinki tersumbat dengan hanya menggunakan barangan di dapur kita? Kami kongsikan dengan anda dua cara mudah untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat.

1. Serbuk soda penaik dan cuka

Sumber dari hangat.com

Cara pertama ialah menggunakan soda penaik atau baking soda. Tuang setengah cawan soda penaik ke dalam lubang sinki menggunakan sudu sedikit demi sedikit. Pastikan air yang bertakung dalam sinki dibuang dahulu ya.

Kemudian, masukkan setengah cawan cuka yang dididihkan ke dalam lubang sinki yang tersumbat dan biarkan selama 5 minit untuk soda dan cuka bertindak balas.

Selepas itu, ambil satu jag air panas dan curahkan perlahan-lahan ke dalam lubang sinki tadi. Biarkan beberapa minit sebelum anda lihat hasilnya.

2. Guna campuran garam, soda dan cuka

Sumber dari malaysiaviralstory.com

Cara kedua adalah menambah garam ke dalam campuran soda dan cuka. Langkah pertama, masukkan secawan soda penaik ke dalam lubang sinki.

Kemudian, masukkan pula secawan garam dan setengah cawan cuka tiruan. Biarkan selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang tersebut.

Selepas itu, anda boleh pam lubang sinki menggunakan pam tangan biasa. Setelah sinki tidak lagi tersumbat, ambil sehiris lemon dan cuci kotoran yang melekat di sinki anda.

Kalau masih tidak berjaya, anda bolehlah membuka sendiri paip di bawah sinki dan memeriksa jika terdapat sebarang kotoran degil yang masih bersisa. Selamat mencuba ya!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Kena Baling Dengan Keropok?