‘Sneakerhead’ Mungkin Tak Akan Makan Sushi Ini!

0
297
Gambar: Instagram Yujia Hu

Seorang sneakerhead sanggup habis beratus-ratus ringgit bahkan ada yang mencapai puluhan ribu demi mendapatkan kasut kegemaran mereka yang adakalanya hanya dipakai sekali sekala dan selebihnya menjadi koleksi yang disayangi.

BACA: Donut Sushi Cara Terbaru Nikmati Hidangan Jepun

Selain itu hobi ini juga boleh menjana pendapatan dengan membeli koleksi terhad yang dikeluarkan pada masa-masa tertentu dan menjualnya kembali melalui lelongan kepada para pengila kasut yang lain.

Gambar: Instagram Yujia Hu

Mengambil ilham daripada hobi ini, seorang artis sushi yang berasal dari China iaitu Yujia Hu telah mencipta hasil seni sushinya tersendiri yang menyerupai kasut-kasut kegilaan ramai.

Yujia yang juga merupakan seorang chef yang bertugas di Restoran Sakana Sushi, Milan Itali telah memuat naik gambar hasil seninya itu di akaun Instagramnya, Onigiriart dan telah menarik perhatian ramai orang terhadap hasil kerjanya yang teliti itu.

Gambar: Instagram Yujia Hu

Bagi menghasilkan hasil seni yang diberi nama Shoe-Shi ini, Yujia hanya mengunakan sashimi, nasi sushi dan juga kepingan rumpai laut kering.

Setiap hasil seninya ini diilhamkan daripada koleksi kasut yang terkenal seperti Nike high tops, Air Jordans, Vans dan juga Supreme X Nike Air More Uptempo.

Gambar: Instagram Yujia Hu

Selain daripada kasut sneakers, Yujia juga turut menghiasi sushinya supaya seperti sandal Adidas yang ikonik dengan corak tiga jalur hitam.

Mungkin bagi anda yang bergelar sneakerhead akan sukar untuk memakan sushi seperti ini kerana bentuknya yang memang betul mirip seperti kasut sebenar tetapi dalam versi makanan.

Cuba Teka, Berapa Harga Makanan Kat Hotel Ni? 😱 😱 😱

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram