Starbucks Mermaid Muncul Selepas Unicorn Habis

0
1791

Rasanya baru habis kisah Unicorn Frappuccino yang dihasilkan oleh Starbucks minggu lepas tetapi kini rangkaian minuman terkenal dunia itu memperkenalkan minuman terbaru, Mermaid Frappuccino pada minggu ini.

BACA: Pengasas Starbucks: Jangan Beli Unicorn Frappucino

Menu terbaru itu dihasilkan secara spontan oleh Jocelyn Freeman, seorang barista di Michigan, Amerika Syarikat apabila dia kehabisan bahan membuat Unicorn Frappuccino untuk pelanggannya.

Mengikut maklumat dari akaun Instagram Jocelyn, dia mencampurkan vanilla bean base yang dikisar bersama freeze-dried blueberries serta dihiasi dengan toasted coconut matcha sauce.

Pelanggan Jocelyn, Chase Murphy, memuat naik gambar Mermaid Frappuccino sambil memuji minuman dibuat oleh barista kreatif itu. Ramai yang tertarik dengan warna ceria minuman unik itu malah bertanya apakah rasanya biasa sahaja atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun, apa yang pasti menu istimewa Mermaid Frappuccino tidak boleh didapati di Malaysia. Mungkin anda boleh cuba buat sendiri di rumah menggunakan resepi yang diberikan oleh Jocelyn.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Mampu Tak Kami Habiskan Patin Besar Lengan?