Street Food Bangkok Bakal Ditutup, Ini Reaksi Orang Ramai

0
6249

Tarikan utama pelancong melancong ke Thailand adalah kerana makanannya yang sedap dan unik. Bangkok sememangnya terkenal dengan street food yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan bakal lenyap tidak lama lagi.

BACA: 6 Bandar Terbaik Untuk Penggemar Street Food

Kerajaan Thailand mengarahkan semua gerai di tepi jalan-jalan utama di ibu negera ditutup termasuk gerai makanan. Ini adalah sebahagian daripada kempen untuk membersihkan bandar.

Sumber dari 2.bp.blogspot.com

“Semua jenis gerai termasuk makanan, barangan tiruan dan pakaian dilarang menjaja di jalan-jalan sekitar bandar itu,” Kata Walop Suwandee, Ketua Penasihat Gabenor Bangkok kepada News Agency AFP.

“Mereka tidak dibenarkan menjaja atas faktor kebersihan,” Ujarnya lagi. Gerai-gerai ini telah menyebabkan jalan kotor dengan bekas makanan dan menghalang laluan pejalan kaki.

Tindakan ini menyebabkan orang ramai bersedih dan marah kerana makanan street food sudah sinonim dengan Thailand. Bangkok pernah dinobatkan sebagai World’s Best Destination for Street Food oleh CNN.

Kebanyakan warga laman sosial meluahkan perasaan tidak puas hati, marah dan kecewa kerana mereka sangat meminati makanan yang dijual di gerai-gerai tersebut.

Perkara ini bukanlah baru kerana kerajaan negara itu telah menutup lebih kurang 15000 gerai sejak tahun lepas di 39 lokasi awam sekitar Bangkok.

Usah risau, anda masih boleh menikmati pancake mereka yang popular itu di kawasan lain seperti Krabi dan banyak tempat lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lepas Daki Bukit, Terus Pekena Ramen Pedas!