Suami Kencing Pada Isteri Mengandung Sebab Nak Makan

0
1343
Sekadar gambar hiasan

Berpunca apabila si isteri menegur si suaminya tidak membelikan makanan telah membuatkan seorang lelaki berusia 34 tahun membelasah dan kencing di atas isterinya ketika pertengkaran di rumah mereka.

BACA: Hidang Lauk Sejuk, Isteri ‘Makan’ Sebatan Tali Pinggang & Rotan

“Pertengkaran itu bertukar menjadi ganas apabila suspek gagal mengawal kemarahan menarik rambut isteri dan menendang perut wanita itu menyebabkan dia mengerang kesakitan.

“Tidak cukup dengan itu dia memukul isteri beberapa minit menyebabkan wanita itu sukar bernafas,” ujar sumber kepada Harian Metro.

Kemarahan suspek berterusan sehingga pagi hari berikutnya yang mana dia telah mengamuk dan mengheret mangsa hingga dalam rumah hingga ke tepi jalan raya.

Selepas membelasah dan mengheret mangsa, suspek telah bertindak kencing di atas badan mangsa tanpa mengendahkan rayuan serta memukul mangsa untuk beberapa minit sebelum beredar.

Sebelum ini difahamkan mangsa telah kerap kali dipukul suspek namun pada kali dia nekad membuat laporan polis tentang kejadian tersebut.

Dalam masa yang sama Ketua Polis Daerah Kulim, Supt. Abdullah Arshad turut mengesahkan mereka menerima laporan kejadian tersebut.