Suka Pizza? Ini Gaun Untuk Anda Di Hari Perkahwinan

0
219

Siapa sangka makanan boleh memberi inspirasi kepada pereka fesyen untuk mereka pakaian bertemakan pizza. Berita baik untuk peminat pizza, kini anda boleh menggayakan pakaian bertemakan makanan kegemaran anda itu.

BACA: Jual Pakaian RM1 Sehelai, Bantu Orang Berjimat

Gaun pizza ini dihasilkan oleh Olivia Mears, pereka fesyen dari Amerika untuk pertandingan Piece of The Pie anjuran Domino’s. Gaun tersebut mendapat perhatian orang ramai kerana ia dihiasi oleh pepperoni, buah zaitun, hirisan lada benggala dan cendawan seperti satu pizza yang lengkap.

Orang ramai tertarik dengan gaun tersebut dan berhasrat ingin membeli untuk dijadikan gaun pengantin. Malah, ada juga yang mengatakan ianya sungguh luar biasa dan tak kurang juga memuji gaun pizza itu sangat cantik.

Selain itu, Mears atau dikenali sebagai @avantgeek di laman sosial Instagram pernah mereka gaun bertemakan Taco Belle sebelum ini turut menegaskan bahawa dia tidak akan menjual atau menghasilkan kedua-dua gaun unik itu untuk orang ramai.

Nampaknya anda kena mencari pereka fesyen yang kreatif seperti Mears jika ingin memiliki gaun unik untuk majlis anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sebab Cendawan Enoki Viral: Makan Masa Panas Tak Boleh Berhenti!