Taiwan Negara Pertama Haramkan Makan Kucing

0
8624

Di Malaysia mungkin kedengaran ganjil berkenaan aktiviti memakan kucing kerana dalam masyarakat kita kucing adalah satu haiwan peliharaan yang menjadi teman rapat kepada sesetengah orang namun di beberapa negara lain perkara tersebut adalah satu perkara yang biasa.

BACA: Ayam Tandoori Dimakan Kucing, Restoran Mohon Maaf

Terbaru kini Taiwan baru sahaja memperkenalkan satu undang-undang berkaitan kebajikan haiwan terutamanya terhadap kucing ataupun anjing.

Badan legistatif Yuan pada Selasa lalu telah meminda Akta Perlindungan Haiwan Taiwan berkaitan melarang sebarang jual beli daging kucing atau anjing, pindaan tersebut menjadikan Taiwan adalah negara pertama di Asia yang mempunyai undang-undang seperti itu.

Bagi setiap kesalahan hukuman denda yang berat akan dikenakan kepada pesalah iaitu sebanyak NTD $50,000 sehingga NTD $2 juta (RM 7,243.50 sehingga RM2,897,400.00)

Buat masa ini undang-undang tersebut telah diketahui ramai cuma penguatkuasaannya masih rendah dan sedang dipergiatkan pelaksaannya.

Selain itu hukuman maksimum penjara dua tahun turut akan dikenakan bagi kesalahan pertama menyeksa haiwan dan sekiranya kesalahan yang sama dilakukan, penjara lima tahun akan dijatuhkan.

VIDEO: Paus Bapak Besar!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram