Tak Boleh Telan Nasi, Hanya Milo Pemberi Tenaga

0
63138
Gambar: BH PLUS

Dikesan tidak boleh menerima makanan pepejal sejak berusia enam bulan, Mohd Aidil Amri Saaidin yang kini berusia 31 tahun hanya mendapatkan tenaga daripada minuman Milo yang dibancuh sendiri, sup dan juga air jus yang bertapis.

BACA: Lelaki Dedah Cara Bancuh Milo Paling Sedap, Fresh

Menurut ibunya Zaiton Hashim, 58, anaknya itu didapati tidak mahu memakan bubur nasi ataupun nestum apabila mencapai usia enam bulan ketika bayi.

Ketika itu dia berasa risau akan keadaan anaknya itu yang hanya meminum susu dan Milo dan kerana itu apabila Mohd Aidil tinggal di asrama, pihak sekolah menyediakan Milo dan sup khas untuk anaknya itu.

Gambar: BH PLUS

Mohd Aidil memberitahu dalam sehari sekurang-kurangnya dia akan meminum lapan gelas besar atau lebih kurang empat liter minuman coklat tersebut bagi memberikan tenaga seharian kepada dirinya.

Oleh kerana itu juga Mohd Aidil sinonim dengan gelaran ‘budak Milo’ dalam kalangan rakan-rakannya sehingga kini.

“Bagi orang lain, mungkin saya nampak pelik, namun itulah diri saya. Alhamdullilah lapan gelas air Milo membekalkan tenaga dan zat yang cukup buat diri saya bergerak aktif seperti orang lain,” beritahu Mohd Aidil ketika ditemui BH PLUS.

Gambar: BH PLUS

Bertugas seorang pereka grafik itu memberitahu apabila dia dan keluarga atau rakan-rakan keluar untuk makan bersama, dia hanya akan meminum sup kosong atau kuah tom yam tanpa lauk.

Bahkan sekiranya dirinya demam atau sakit, Mohd Aidil akan meminta ubat cecair daripada doktor dan sekiranya ubat tersebut berbentuk pil dia akan menghancurkannya di dalam air supaya dapat meminum ubat tersebut.

Dalam masa yang sama Pakar Diet Kedah Medical Center (KMC) Mohd Khir Izwan Ariffin berkata, setakat ini kes seperti Mohd Aidil adalah kes pertama yang beliau temui.

Beliau turut menambah minuman coklat, susu dan gula yang diminum Mohd Aidil memang dapat membekalkan tenaga daripada jumlah karbohidrat namun dikhuatiri ia memberi kesan buruk ketika menjangkau 40-an.

VIDEO: Apa Rasa Maggi Kari Campur Milo?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram