Tak Mustahil Turun 10 Kilogram Sebulan

0
156821
Gambar: Facebook Alia Amira Rohadi

Dalam mengurangkan berat badan sumber motivasi juga adalah penting untuk menjadi penyokong kepada diri seseorang supaya tidak cepat berputus asa.

BACA: Gimnasium Bantu Lelaki 221 Kilogram Untuk Kurus, Sihat

Sering kali perkara yang diceritakan oleh mereka yang telah berjaya mengurangkan berat badan adalah tidak mustahil untuk seseorang itu mengurangkan berat badan, yang penting adalah kerajinan dan disiplin yang kuat.

Kami kongsikan beberapa tips dan daripada Alia Amira Rohadi yang dikongsi di Facebooknya. Alia sebelum ini pernah mempunyai berat seberat 90 kilogram dan beliau telah berjaya menurunkan berat sebanyak 10 kilogram dalam bulan pertama usahanya.

Kini Alia telah berjaya mencapai berat 58 kilogram dan menjadi lebih positif dan berpewatakan menarik.

Hilang 10kg dalam sebulan

Menurut Alia, perkara pertama yang perlu dibuat adalah detox dahulu badan dengan mengamalkan minuman detox yang dibuat sendiri.

Gambar: Facebook Alia Amira Rohadi

Selain itu cuba susun pengambilan diet seharian dengan merujuk kepada pakar pemakanan ataupun doktor. Berikut adalah menu yang diamalkannya:

Sarapan: Roti gandum penuh tiga keping bersama teh hijau dan air suam

Makan tengah hari: Nasi dua senduk bersama pilihan protein sama ada ayam atau ikan dan banyakkan pengambilan sayur-sayuran.

Makan malam: Buah epal hijau atau makan nasi sekirnya tidak mengambilnya ketika makan tengah hari. Pastikan makan sebelum pukul 8 malam.

Wajib minum banyak air kosong

Alia Amira turut mengamalkan meminum air kosong sebanyak dua hingga tiga liter dalam masa sehari dan sesuaikan dengan aktiviti seharian anda.

Dalam masa yang sama beliau turut mengamalkan pengambilan teh hijau bagi membantu meningkatkan kadar metabolisma dan membakar lebih banyak lemak apabila melakukan aktiviti bersenam seperti zumba.

Beliau turut mengingatkan supaya elakkan daripada mengambil makanan segera seperti KFC, McDonald’s, Pizza dan pelbagai lagi jenis makanan ringan untuk tiga bulan pertama usaha anda mengurangkan berat badan.

Jangan cepat rasa kecewa

Perubahan diri Alia. Gambar: Facebook Alia Amira Rohadi

Alia turut mengingatkan kepada yang ingin menurunkan berat badan supaya sentiasa bersemangat dan tidak mudah kecewa sekiranya berat yang turun untuk minggu tersebut adalah sedikit.

Walaupun hanya turun 3 kg anda tetap perlu bersemangat dan sentiasa mencari punca kekuatan anda untuk menurunkan berat badan dan menikmati kehidupan secara lebih sihat.

VIDEO: Best ke makan di Shell Out ni?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram