Tak Perlu Ke Jepun, ‘Musim Sakura’ Kini Di Kedah

0
8496
Gambar: ezizshukman.blogspot.my

Antara tarikan pelancong apabila berkunjung ke Jepun atau korea adalah musim bunga Sakura dan Cherry Blossom yang kelihatan sangat menenangkan dan menjadikan suasana terasa lebih indah dan romantik namun kos perbelanjaan untuk ke sana boleh tahan tinggi.

BACA: Murah Betul Chicken Chop Harga RM4.50

Namun begitu usah risau kerana kini di negeri Jelapang Padi, Kedah yang terletak nun di utara turut mempunyai tarikan musim bunga daripada pohon tekoma.

Gambar: ezizshukman.blogspot.my

Terkenal dengan nama Sakura Kedah, bunga Tekoma ini menghiasi beberapa laluan utama di Bandaraya Alor Setar sehingga menjadi satu identiti terbaru untuk negeri Kedai.

Menurut laporan Sinar Harian, keadaan musim bunga ini memenuhi laluan bagi Jalan Langgar, Jalan Sultan Badlishah, Jalan Stadium, dan Jalan Kuala Kedah.

Keadaan bunga tekoma yang gugur sejak minggu lepas ini seakan-akan satu permaidani yang membuatkan terasa seolah di Jepun dan Korea.

Orang ramai turut mengambil kesempatan dengan mengambil gambar suasana bunga merah jambu itu bersama-sama keluarga dan orang yang tersayang.

Datang hanya setahun sekali

Gambar: ezizshukman.blogspot.my

Menurut Ketua Bahagian Landskap dan Rekreasi Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Mohd Faizal Abu Bakar memberitahu, fenomena bunga tekoma berkembang mekar ini hanya terjadi pada bulan Mac sehingga April setiap tahun.

Oleh itu MBAS menanam sekitar 866 pokok tekoma di setiap jalan utama di Alor Setar dan pokok tersebut telah mula mengeluarkan bunga.

Keadaan suhu panas pada musim kemarau adalah pengaruh terbesar bunga tekoma untuk berkembang penuh dan mengeluarkan warna merah jambu dan putih yang menarik.

Gambar: ezizshukman.blogspot.my

Bagi penduduk setempat, keadaan musim bunga tekoma ini memberi peluang kepada mereka untuk merasai suasana musim bunga tanpa perlu berbelanja besar untuk ke luar negara.

Seorang penduduk, Nur Aliya Hamid, 26, memberitahu setiap tahun dia menantikan musim bunga ini kerana keadaan yang sungguh menarik dan cantik.

VIDEO: [Vlog 13] Vitdaily Makan Banyak Tapi Kurus? Ini Jawapannya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram