Tak Sarapan Punya Pasal, Akhirnya Usus Luka

0
1244
Keadaan Mohd Nazriq ketika ditemui R Vidyananthan. Gambar: Sinar Harian

Pengambilan sarapan setiap pagi adalah penting untuk memastikan tubuh badan anda bertenaga sepanjang hari selain itu ia juga baik untuk kesihatan dan bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan dengan bersarapan akan membuatkan anda lebih mudah mengawal nafsu makan.

BACA: Tabiat Makan Nasi Dengan Kopi O Jadi Perhatian

Pelbagai implikasi yang boleh didapati sekiranya kerap mengabaikan sarapan seperti yang terjadi pada seorang pemuda daripada Kluang, Mohd Nazriq Mohammad Khalid, 30 tahun.

Menurut Nazriq sebelum ini dia kerapkali meningggalkan pengambilan sarapan pagi dan mengambil ringan tentang waktu makan berjadual sehinggakan kini dia terpaksa menanggung sakit yang menjejaskan ususnya sejak daripada Julai tahun lalu.

Contoh antara sarapan yang boleh diambil setiap pagi. Sekadar gambar hiasan.

Nazriq yang sebelum ini bekerja di sebuah hotel di Kulai mengatakan bahawa dia selalu mengabaikan sarapan pada waktu pagi serta masa makan yang tidak menentu sehinggalah satu hari dia berasa sakit perut yang teramat sangat.

Selepas bertemu doktor, dia disahkan mengalami sakit gastrik dan daripada pemeriksaan menyeluruh sakit gastrik itu telah melukakan ususnya kerana dia juga sering mengambil makan pedas.

Sekadar gambar hiasan

Oleh kerana itu perutnya terpaksa ditebuk untuk memudahkannya membuang air besar dan pembedahan akan dilakukan sekali lagi untuk mengetahui keadaan terkini usunya.

‚ÄúSejak saya sakit, ibu dan ayah yang banyak bantu terutama ketika mahu bergerak. Tapi sekarang alhamdulillah, kesihatan saya semakin pulih dan sudah boleh bergerak sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Kisah Mohd Nazriq ini turut mendapat perhatian daripada Adun Kahang, R Vidyananthan yang hadir untuk menyerahkan sumbangan kerusi roda untuk memudahkan Mohd Nazriq bergerak apabila hendak ke hospital.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram