Taktik Jualan Professor Cendol Buat Kedai Penuh!

0
13788
Gambar: BH PLUS

Hanya membayar sekali sahaja ketika memesan cendol dan juadah yang lain, para pelanggan boleh menikmati hidangan sehingga kenyang dan menambahnya berulang kali tanpa bayaran tambahan.

BACA: Berniaga Di Facebok, Kuih Keria Terjual 1000 Sehari

Tujuan restoran Profesor Cendol yang terletak di Kuala Nerus Terengganu memperkenalkan konsep sebegini kerana ini ingin berniaga sambil beramal.

Para pelanggan yang berkunjung ke restoran ini boleh memilih untuk merasai cendol dengan harga bermula RM2 dan juada lain seperti pasembor, laksa dan nasi goreng ikan rebus yang harganya sekitar RM2 hingga RM5.

Nampaknya konsep sebegini menerima respon yang positif daripada para pelanggan dan sekali gus memajukan perniagaan Profesor Cendol ini sehingga mempunyai 15 cawangan lain sekitar Terengganu, Johor, Kedah, Perak, Sabah dan Kelantan.

Gambar: BH PLUS

Apabila ditanya mengenai keuntungan, pemilik restoran Professor Cendol cawangan Gong Badak, Kuala Nerus Mayuki A Rahman, 37, memberitahu BH PLUS, kedainya masih lagi menjana keuntungan walaupun mengamalkan konsep seperti ini

Malah konsep ini menjadi penarik untuk para pelanggan memenuhi restoran ini setiap hari bagi menikmati makanan bersama rakan-rakan dan keluarga.

Gambar: BH PLUS

Bagi Ismail Ali, 41, iaitu pelanggan restoran ini turut mengalakkan supaya para pengusaha restoran lain mengambil contoh yang diketengahkan Profesor Cendol ini.

“Dengan adanya konsep ini pelanggan terutama mereka yang mempunyai keluarga besar tidak begitu bimbang untuk makan apabila memikirkan jumlah bayaran yang perlu dibuat,” ujar Ismail ketika ditemui wartawan.

Restoran ini beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 6.00 petang untuk para pelanggan menjamu selera.

VIDEO: Satu Mangkuk Tak Cukup Makan Cendol Disini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram