Taman Tema Saiz Mega Di Dubai Umpama Dunia Berbeza!

0
19737
Gambar: Getty Images

Dubai adalah sebuah bandar yang kita kenali kerana kemewahan gaya hidup dan bangunan pencakar langit yang terkenal di dunia iaitu Burj Khalifa bahkan di sana juga bakal dibuka hotel yang mempunyai hutannya sendiri iaitu Rosemont Hotel.

BACA: Pemandangan Menakjubkan Dubai Dari Atas Bangunan Pencakar Langit

Dalam masa yang sama Dubai kini boleh berbangga dengan projek taman tema bersaiz mega yang bernilai $3.4 bilion (RM15.21 bilion) yang mempunyai pelbagai keistimewaan yang menjadi tarikan pelancong.

Bersaiz seluas 30.6 juta kaki persegi menjadikan taman tema ini adalah taman tema terbesar di timur tengah yang mengabungkan taman tema indoor, taman tema air, tempat makan malam eksklusif, butik-butik serta hotel mewah.

Jom kita tengok sekitar taman tema mega yang terpecah kepada tiga lagi taman tema.

Taman tema ini secara rasminya telah dibuka oleh perdana menteri UAE, Shaikh Mohammad Bin Rashid dengan acara yang penuh gilang gemilang

1.Taman tema Legoland Dubai

Di sini terdapat Legoland pertama di Timur Tengah dengan mempunyai 15,000 model Lego yang dibina mengunakan 60 juta biji Lego bricks.

Legoland sendiri mempunyai enam kawasan bertemakan Istana, Adventure, Miniland, Imagination dan Factory yang mempunyai tarikan tersendiri

Model Burj Khalifa di sini merupakan model arca terbesar Lego di dunia dengan menggunakan 438,000 Lego bricks

Gambar: AP Images

2. Motiongate-Taman Tema Hollywood

Gambar: Getty Images

Taman ini mengambil ilham daripada gaya hidup popular Holywood dan mempunyai tiga bahagian lain iaitu Columbia Pictures, Dreamworks, Lionsgate serta perkampungan Smurfs.

Terdapat 27 permainan termasuk rollercoaster yang diilhamkan daripada filem Hunger Games

3. Bollywood District-Taman tema pertama berciri Bollywood


Dalam taman tema ini pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman berada di set filem Bollywood dan menonton 30 persembahan yang berbeza setiap hari.

Di sini juga terdapat full-sized model bangunan Taj Mahal yang berskala sama seperti asal

Pengunjung boleh menaiki permainan 3D untuk mengejar raja Bollywood iaitu Shah Rukh Khan

Boleh merasai menaiki keretapi sebenar seakan di Mumbai dengan penumpang yang tak seramai di sana

Kami kongsikan juga video keterujaan pengunjung di taman tema ini. Memang rasa tak sabar untuk pergi ke sana.